bila bercakap tentang keinginan dan keperluan. yang manakah yang lebih utama? sudah tentu lah keperluan bukan. seperti dalam kehidupan seharian kita. harus utamakan keperluan terlebih dahulu barulah beralih kepada keinginan. saya tahu ada waktu kadangkala sehingga keinginan itu berlebih-lebih pula dari keperluan.
saya sendiri sebenarnya keliru tentang keperluan dan keinginan. bila Allah telah berikan sesuatu, bermakna Allah telah memberikan keperluan kita bukan. apa yang Allah beri itu yang terbaik. peringatan kemas buat saya juga yang selalu merungut ini. rasa yang tidak sepatutnya dipersoalkan. sepatutnya tidak perlu mempersoalkan, kenapa itu begitu dan begini? kenapa ini begitu dan begini? tidak perlu semua itu. saya memang sedang memberi kekuatan pada diri.
Allah sudah memberi. dan kita perlu menerima dengan hati yang redha ikhlas dan tenang. sukar? terlampau sukar kerana keliru dengan rasa sendiri? inilah masanya melatih diri untuk bersyukur. berdoalah dengan penuh pengharapan kepada Allah. yakin, Allah tahu apa yang terbaik buat diri. kerana sehingga saat ini kita hidup didunia,segala 'keperluan' telah diberi oleh Allah. cukup.sempurna.
'..boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya..' [al-baqarah,2:216]
inilah usaha saya.
menuliskan rasa seperti ini menjadi lebih tenang.hanya perlukan masa untuk leraikan rasa kekeliruan
antara keinginan dan keperluan.
0 messages:
Post a Comment