Páginas

bestfriend

bestfriend,

I do miss you
not who you are now
but
I Miss the Old you..
now I realized..



patutlah rindu tk pernah bersurut 
walaupun sudah berjumpa..

saya sayang kamu


Diamku tak bererti aku membenarkan
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan
Bukan juga melukakan
Tapi kerana aku amat menyayangimu
Maka aku cuba sedaya yang termampu
Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya
Di bumi yg terbentang luas ini
Kerana sayangku kepadamu
Maka aku cuba... dan terus mencuba!
Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan
Andai aku jumpa jalan
Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang
Aku akan! Itu janjiku!
Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris
Terguris dengan tindakanmu
Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya
Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci
Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap
Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu
Namun tiba-tiba aku sedar
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Aku sama saja sepertimu
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahid ini
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku
Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?
Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..
Tak mahu..!
Kerana aku sayang kamu..
Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!
Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk
Aku akan terus mencuba
Kerana aku sayang kamu, SAHABATKU!

punya banyak karenah 
yang tak semena-mena
dan tidak munasabah.


''maaf, saya memang menyusahkan.."


.
.
.
kenapa diri bagi harapan pada diri?
apalah sangat yang ada pada diri
hingga mahukan sesuatu yang
tidak layak dimiliki oleh sihati.

jantung biarkan sihati
suatu hari 
sedar dengan diri sendiri.
pergantungan pada Yang Maha Memerhati.

hati suka rapuh. 
lekas-lekas lah dibalut
kadang-kadang hampir-hampir sahaja
terbelah. 
bertompok. 
tipu.
terus pergi.

lelah asyik mengetuk-ngetuk pintu hati.
hati kata pergi
biarlah penat tidak terperi sekali pun. 
terus saja berjalan.
memerhati kearah depan.
longlai.

biarlah hanya diri yg memahami..

pesanan buat diri

Ya Allah....
Jika hatiku tidak ikhlas melakukan amal ibadah...
Jika hatiku riak terhadap kelebihan yang Kau berikan...
Ingatkanlah aku bahawa Kau telah memberikanku pilihan...
destinasi abadi antara syurga atau neraka...

Ya Allah...
Ingatkanlah aku bahawa dunia ini medan ujian...
Ingatkanlah aku bahawa akhirat itu tempat menuai hasilnya...
Bimbangkanlah aku bahawa hari esok belum pasti menjadi milikku...
Kerana mungkin aku tidak akan terjaga lagi...
Ingatkanlah aku bahawa kain putih itu pakaian terakhirku...
Sedarkanlah aku bahawa akulah bakal penghuni kubur...
Yang bakal disoal Munkar dan Nakir...
Sedarkanlah aku bahawa azab kubur itu dahsyat,
Agar aku terjaga daripada lamunan dan ketawaku,
Menangis menyesali dosa-dosa lalu..

Ya Allah...
jangan biarkan cintaku kepada keluargaku... 
jangan biarkan cintaku kepada sahabat-sahabatku... 
jangan biarkan cintaku kepada kenikmatan duniawi...
lebih aku cintai daripada cintaku kepada-Mu...
tetapi Ya Allah...
cintakanlah aku kepada kematian,
kerana hanya itu yang bisa membawaku...
lebih dekat kepada-Mu...



Zahratu Billaurah

belum rupanya

hati, rupanya belum kuat sepenuhnya.
memang lah belum kuat sepenuhnya,
kan saya sedang berusaha menjaganya.
penat? oh.hati, silalah abaikan rasa penat itu.
tidak boleh tidak.
awak harus berusaha jugak
harus berusaha menjaga hati.

tapi. memang agak penat jugak
kenapa dengan kawan-kawan yang lain
saya tidak merasakan perasaan yg cemburu buta
seperti itu?
kenapa dengan dia sahaja?

lagi satu wahai hati,
tak usah fikirkan lagi kenangan lama.
memang manis. tapi
situasi sekarang ini sudah berubah.

mungkin..em baik tidak mengapa..
usaha sahaja. =)

berusaha

berusaha. saya sentiasa berusaha untuk menjaga hati.
dan sekarang ini saya rasa seperti mempunyai semangat
baru. semoga Allah redha. saya betul-betul mahu jadi
hamba Dia yang ikhlas baik, tak mahu melakukan
perkara-perkara yang tidak berfaedah lagi. saya mahu
jadi anak yang baik dan kalau boleh tidak mahu menyusahkan
dan tidak mahu menghampakan. saya mahu menjadi
saudara yang baik. saya mahu jadi sahabat dan teman yang
baik dan tidak menyusahkan. semoga Allah memberi
kekuatan.

dan saya sedar saya terlampau banyak kelemahan.
terlampau banyak dosa. terlampau banyak.
saya takut jika keseorangan saya tidak mampu.
saya tahu. pohonla kekuatan dari Dia kan.
baik. Doa. Doakan satu kelahiran semangat =)

sejak terbaca entry di link 'ini' saya rasa
agak bersemangat. betul-betul berharap untuk
jadi seperti didalam cerita itu.
ukhwah persahabatan yang disulami dengan
Cinta, Redha , Pengharapan dan Pergantungan
hanya kepada Allah..sangat manis. sangat. =)

semoga Allah redha.
saya sangat sayang mereka. =)
saya sayang mereka semua yang
menyayangi saya.
semoga Allah redha..
semoga Allah redha..
pergantungan kami hanya kepada Dia..

kawan yang baik itu apabila kamu terpandangkannya
kamu teringat kepada Allah..
apabila kamu bercakap dengannya
ilmu pengetahuanmu tentang agama bertambah..
apabila kamu melihat kelakuannya
kamu teringat akan kehidupan akhirat..
semoga Allah redha..

permudahkan

Semoga Allah permudahkan segala urusan..
saya sangat merindui mereka..=)
dan semoga Allah redha...

mudah

hati saya memang agak sedikit sensitif.
cepat untuk bersedih dan cepat juga stabil semula.
tapi sebenarnya itu semua terpulang pada diri kita juga.
bukankah Allah yang memiliki hati-hati.
hati saya.
sesungguhnya Allah itu dekat
lebih dekat dari urat leher.
Allah meliputi segala sesuatu.
berkomunikasi denganNya adalah cinta.
berkomunikasi denganNya adalah satu kelahiran semangat.
Doa dan mohon.
semoga sentiasa positif dan
mendapat kekuatan wahai Hati... =)

tak main-main

bila saya cakap saya akan berusaha, maknanya saya betul-betul akan
berusaha. bila saya cakap saya akan berubah maknanya saya betul-
betul ingin berubah. saya tak pernah main-main. tak pernah pun nak
main-main dengan apa yang saya pernah cakap. saya betul-betul
berusaha. bila saya cakap saya tak mahu menyusahkan maknanya
saya akan benar-benar berusaha untuk tidak menyusahkan.
bila saya cakap saya tak. maknanya saya tidak. saya tidak pernah
menipu. bila saya cakap apa yang terbuku dihati saya maknanya
itulah yang benar-benar saya maksudkan pada masa itu. 
saya tidak pernah menipu. 

dan Alhamdulillah. saya sudah semakin tahu dan faham dan memahami
sedikit demi sedikit apa itu ukhwah. saya tahu kepentingan berukhwah.
saya tahu sebab saya adalah diri saya. saya dapat rasakan perasaan itu 
sejak akhir-akhir ini. saya sudah kurang berfikiran negatif. dan sudah 
kurang berfikir yang bukan-bukan lagi. saya berfikir secara rasional.
saya tahu sebab saya adalah diri saya. 


jangan berbuat pernyataan seperti saya masih seperti dahulu 
dan tidak langsung berusaha untuk berubah kearah yang lebih positif. 
setiap hari saya berusaha. saya tidak bergurau.dan saya tidak dan tidak 
pernah main-main dengan apa yang saya cakapkan.
dan saya agak terkilan. cara awak bercakap macam saya ini masih
seperti dahulu dengan perangai dan cara yang sama tidak berubah.
mungkin entry ini kelihatan seperti luahan perasaan. dan iya. saya
memang sedang meluahkan perasaan sambil bermonolog denganNya
didalam hati. cara awak bercakap seperti hati saya ini hanya ada 
perkara yang negative sahaja. cara awak bercakap macam saya
ini tidak pernah berusaha untuk sentiasa berfikiran positif. 
cara awak bercakap membuatkan saya sedikit terasa hati. =(

hati..tak usahlah asyik mahu terkilan dengan perkara seperti ini lagi.
bila saya kata saya berusaha..maknanya saya tak main-main..
menitis juga akhirnya..

rindu kepada Dia

saya rindukan perasaan itu.
perasaan dimana betapa saya rindukan Sang Khaliq.
pergantungan saya hanya kepada Dia.
bahagianya saya hanya kerana Dia.
saya lakukan kerana mencapai redha Dia. 
bukan kerana seorang makhluknya
yang bernama manusia.
manusia sangat melalaikan.
saya tidak mampu.
kadang-kala saya leka.

kenapa perlu saya mempunyai rasa
pergantungan kepada manusia.
kenapa perlu saya ada rasa 
pengharapan kepada manusia.
tidak salah untuk rasa dan berharap
tetapi.
apa rationalnya jika kita bersedih
sekiranya pengharapan yang kita letakkan
kepada makhluk yang bernama manusia 
itu tadi tidak kesampaian.

pernah saya berkata pada diri
tak usah bergantung harapan
pada manusia.
bimbang nanti terjatuh
terasa malu dan kerdilnya untuk
bangun dan menghadap Illahi. 

jadi selalu la berkomunikasi denganNya
melalui hati.
ye.hati. =)
semoga dipermudahkan segala urusan
pergantungan kami hanya kepada Dia. =)

summary

suddenly i remember summary.
previously i like to use the word 
'summary' 
why? because it makes me feels 
happy and very pleased. 
it might sound a little bit weird.
but that's the fact. 
i like because, 'summary',
which means for me it 
summarize my life!. =)

it was a first time where i feels 
so contented and satisfied and blessed. 
love for Allah and His messenger 
at the first place.
that's absolutely what i was aiming for
since I realize about summary.
should always realize and be thankful to Him.
and it has been quite long
since that time.

summary! you make my life simple n easier.
now you know. =)

ukhwah~hati

segalanya rasa mudah dan senang jika
senyuman yang ikhlas itu lahir dari hati
yang tenang dan ikhlas.
yep.hanya hati yang tenang dan ikhlas
dapat melahirkan senyuman yang ikhlas.

melihatkan gambar-gambar itu.
saya tersenyum.
tersenyum kerana melihatkan betapa
manis dan ikhlasnya ukhwah seperti 
yang dilihat ketika itu. =)

bersyukurnya mempunyai teman-teman
seperti mereka. 
mereka meninggalkan saya dengan
kenangan-kenangan yang manis. 
manis macam sweets. =)
jika sebelum ini saya kelihatan faham
apa itu ukhwah tapi gagal mengamalkannya.
berilmu tetapi tidak beramal.
ouh hati. mana boleh macam tu.kan?

tapi saya berusaha.tetap mahu berusaha
berusaha untuk menjaga hati. 
sebab hati itu masih tetap dengan sifatnya lagi.
qalb' yakni berbolak balik. 

'..bukankah Hati kita telah lama menyatu
dalam tali kisah persahabatan Illahi..' 
~edcoustic-sebiru hari ini




oh hati.sila ikhlas. dan
tak mahu serious sangat.
tak mahu garang sangat. =)

sedikit jelas

jika kita sangat sayangkan seseorang itu, 
pasti kita mahukan lakukan segala 
perkara yang baik untuk dia.
dan mahu agar dia mendapatkan yang terbaik. 
tidak kisah langsung walau terpaksa bersusah atau apa.
saya lebih untuk focus kepada awak
kerana saya merasakan itu perlu. 
tambah-tambah lagi awak adalah teman kesayangan saya.
saya tidak focus kepada teman yang lain
sebab saya tahu mereka bagaimana. 
awak berbeza. 
saya tahu awak pandai jaga diri.
saya tahu awak pandai membezakan
mana yang baik dan mana yang tidak.
cuma lagi satu, saya betul-betul tidak gemar
jika ada kaum-kaum adam yang 
punya banyak karenah itu. 
saya tahu mereka ingin berkawan. 
tapi tetap ada batasnya.
awak teman yang saya sayang sangat
jadi saya nak jaga awak elok-elok.
saya nak yang baik-baik sahaja untuk awak.
jadi awak kena pandai jaga diri.

diri terjaga

saya juga merindui waktu-waktu itu.
waktu dimana saya mengetahui apa itu tarbiyah.
waktu dimana saya mengetahui apa itu ukhwah.
waktu dimana saya baru ingin mengetahui 
betapa hebatnya apabila hati-hati yang 
sentiasa bersama mengingati Allah.
waktu dimana saya mula mengenali hati-hati
yang turut ingin bersama di jalan tarbiyah.
ketika itu diri lebih terjaga.
walaupun tabiat diri sukar untuk menerima
tetapi hati yang benar-benar ingin
lantas memudahkan jalannya. 
jalan kami kepadaNya.
rindu.
diri lebih terjaga jika bersama mereka.
rindunya..hati-hati kami.

gelisah bernilai ibadah

semoga gelisah dan sedih itu bernilai ibadah. 
buat mereka-mereka yang diuji dengan musibah. 
kehilangan ahli keluarga. kehilangan harta benda. 
kehilangan tempat tinggal mereka. 
semoga diberi kekuatan. ya. 
kejadian tanah runtuh. kemalangan yang mengorbankan. 
kehilangan orang yang disayangi. 
pasti menyedihkan. bersabarlah. 
saya tahu pasti mereka itu perlu sangat kekuatan. 
jadi mohonlah pada Dia. 
hanya Dia tempat bergantung dan kekuatan. 
semoga gelisah bernilai ibadah.. 
semoga gelisah bernilai ibadah... 


kita yang rasa tidak ditimpa musibah ini,
muhasabah diri semula..
pergantungan itu hanya pada Dia.
moga-moga diberi kekuatan.. =')

pertanyaan persoalan

jika saya menyebut perkataan 'kenapa' , 
maka bermaksud saya mempersoalkan ketentuan Dia bukan.?
ada masa-masa tertentu yang saya berasa amat sensitif. 
saya berasa lemah dan tidak mampu untuk memujuk diri sekali pun. 
walaupun sudah berkali-kali saya katakan pada hati dan diri. 
tetap tidak mampu. 
ada waktu saya berasa sangat lemah seperti waktu sekarang. 
keadaan ini lah yang membuatkan saya berasa penat. 
sejak waktu itu, perasaan seperti ini lah yang selalu saya rasa. 
pada mulanya tidak berasa penat. 
tapi bila saya sedar semakin hari asyik merasakan sesuatu yang sama. 
maka penat itu akhirnya terlafaz juga melalui hati. 
tapi perasaan ini tidak setiap waktunya begini kan.
nanti ia tetap akan pergi.
maka ketika itu saya tidak akan berasa lemah seperti sekarang lagi.
Doa. dan mohonlah. 
itu sahaja caranya untuk mendapat kekuatan. =')
dan jangan lupa untuk senyum. 

lama

awak jangan biar saya rindu lama-lama. 
terlampau lama bimbang rindu itu semakin pergi. 
semakin hari ia hilang. 
biarkan rindu itu hanya sebentar. 
bukan sepatutnya saya untuk rindu berlebih-lebihan.
kerana bukan pada tempatnya. 
lebih baik rindu itu dihalakan kepada yang sepatutnya. 
.
.
.
action speaks better than words.


masih sama, tidak penatkah hati..

pandai

akhirnya hati, pandai juga menjaga diri. 
senyum itu satu sedekah. 
pandai awak buat saya tersenyumkan. 
tanpa perlu buat apa-apa. 
melihatkan awak saya juga boleh tersenyum. 
hebat betul? 

imbas semula matlamat hidup didunia ini. 
iaitu mencari redha Allah. 
Cinta bermaksud hendak bersama mereka-mereka diSyurga. =') 
silalah ikhlas dan kuat wahai hati.
hati ini memang suka bermonolog sendiri.
bersama penciptaNya.


seperti biasa, usaha itu tersangat perlu =')
hati. jangan biar rapuh. 
tangisan jangan biar ia jatuh. 
kenangan.usah diungkit lagi. 
hati tetap dengan sifatnya lagi. 
qalb'. yakni berbolak balik. 
hanya Allah yang memiliki hati-hati
hati-hati kami.
hati-hati yang rapuh.
pergantungan hanya pada Dia

Heart in the hand of another heart and in God's hand are all hearts..
An eye take care of another eye and from God's eye nothing hides.. =')
so heal..and you will be healed..=')

biasa

hati..saya bukan mahu merungut pada hati. tapi apalah kekuatan saya. saya hanya seorang hamba kepada 
Dia, seorang manusia biasa. seorang teman biasa. yang tidak punya apa-apa melainkan sekeping hati yang 
perlu dijaga. seorang hamba biasa yang mempunyai tugas yang luar biasa. tugas yang besar. sebagai khalifah 
di bumi Dia. bagaimana keadaan iman? bagaimana iman dan hati saling berkait? saya kurang pasti sekarang. 
tidak mempunya akal untuk mengaitkan. adakah iman yang lemah tandanya hati lemah? ataupun hati yang 
lemah menandakan iman yang lemah? saya bukanlah seorang yang petah berkata-kata. bukan juga seorang 
pencerita atau penghibur yang menghiburkan. saya tidak. saya adalah saya. dari dalam hati seorang.rendah 
diri.dan malu.dan biasa.tidak punya apa-apa yang menarik. saya.perlukan sesuatu. saya juga perlu tahu 
bagaimana untuk menguruskan rasa ini. tapi masih belum dapat solusinya. jika sebelum ini saya kelihatan 
mampu, bagaimana pula halnya dengan situasi ini? 
hati, cepat sungguh melupai masa lalu. 


yang pasti hari itu adalah pasti.. =')

puisi hati

saya pun agak kurang pasti. tetapi sejak akhir-akhir ini saya suka mendengar[membaca] puisi. 
saya baru menonton filem sepi. dan saya sukakan nilai yang ada didalam cerita itu. 
bagi saya menarik. tak sangka rupanya puisi ini satu penyampaian perasaan hati yang sangat menarik. 


Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku, syurgaku
Tanpa dia
Malam menemani aku
Sepi memelukku
Bulan jangan biar siang
Biar alam ini kelam
Biar ia sepi
Sepertiku



*puisi lahir dari dalam,
jauh didasar hati


ukhwah

sebenarnya jika betul kita faham apa itu ukhwah. kita akan mudah untuk tersenyum. sebabnya? 
sebab ukhwah itu sangat manis. sangat manis. saling mendoakan. saling menggembirakan. saling berkongsi 
semuanya. dan yang paling penting saling mencintai. 'muslim itu bahagia apabila saudaranya bahagia, itulah 
ukhwah' saya selalu berusaha untuk ini. berusaha. untuk memahami merasai dan menikmati bagaimana 
sebenarnya ukhwah itu. pernah juga saya gagal menjadikan ukhwah itu sebagai tembok yang kukuh dalam 
persahabatan. kesannya, ukhwah itu menjadi tawar sebentar. [=0] ini bukan gurauan tahu. saya sangat sedih 
sebab saya gagal. tapi apa-apa pun kita kena yakin dengan Allah. sebab segalanya Dia yang tentukan. kita 
tidak punya apa-apa hak. kitakan hanya peminjam dan bukan pemilik. =') 
pernah dahulu saya menyoal kepada diri sendiri, 
'sejauh manakah awak yakin dengan persahabatan ini?' dan hati saya menjawab
 'saya pun tidak pasti, hanya bergantung kepada Allah dan itulah yang mengiringi...' 
nah. sekarang perlu buktikanlah,kan. yang kita benar-benar bergantung kepada Allah dalam berukhwah.
dan haruslah ikhlas dalam berukhwah. =) 


semoga Dia permudahkan segala urusan
buat hamba-hambaNya yang bergantung harap
hanya padaNya..=')

niat itu dari hati

sesungguhnya setiap amal itu bermula dari niat. benar. sangat setuju. kakak-kakak usrah dahulu pun ada 
kadangkala mengingatkan tentang niat. niat yang baik. setiap amal itu bergantung kepada niat. sekiranya amal
yang dilakukan baik tetapi niat sudah salah. maka sia-sia. saya sangat takut tentang ini. sangat takut. kerana
kadangkala kita tidak sedarkan tentang ini. oleh itu, bagaimana mahu pastikan bahawa niat kita itu baik dan 
betul? saya pun kurang pasti. tapi, tidak mustahil untuk kita berusaha.kan? sebabnya bukankah niat yang baik
itu lahirnya dari hati yang baik. iyup. hati yang baik. saya tahu hati sangat sukar untuk dijaga. terlalu lah sukar.
saya tahu kerana sehingga saat ini pun masih belum semampunya saya menjaga hati saya sepenuhnya. dan
saya tahu mungkin juga ramai diluar sana yang risau kerana sangat susah untuk menjaga hati. tetapi. saya amat
percaya jika pergantungan kita terhadap Allah itu sangat tinggi, menjaga hati bukanlah lagi menjadi perkara
yang sukar bagi kita. betul. hati akan mudah menjadi lembut. dan senang berfikiran positif. pergantungan
terhadap Allah, bagaimana? mudah. sentiasalah berkomunikasi dengan Dia. bukan dalam solat sahaja. tetapi
setiap masa. setiap masa. sebagai contoh, kalau awak membebel sorang-sorang didalam hatipun janganlah
sorang-sorang, tetapi bercakapla dengan Allah. secara direct melalui hati. cakaplah dengan Allah apa-apa
pun. hati pasti akan sentiasa mudah untuk tenang. 
jadi hati sangat penting untuk niat yang baik dan ikhlas. 


hati sangat sukar dijaga. tersangat-sangat sukar. 
pernah saya merasa kesusahannya.=')
dan semoga hari esok lebih baik =')

menjaga

ouh hati? saya garang kah? 
garang-garang semestinya bukan 
satu tabiat yang baik 
tambah-tambah bagi orang seperti saya 
yang lembut hati. [ye.sedikit yakin disini =p] 
hati saya memang agak sensitif sedikit. 
berbalik kepada isu garang ini. 
memang tidak dinafikan ada 
beberapa orang yang mengatakan 
bahawa saya ni sedikit garang. 
[kadangkala banyak garang.] 
iye.beberapa. 
dan, mereka-mereka adalah 
orang-orang yang saya rapat. 
kadang-kadang geli hati pun ada jugak. 
lagi mereka cakap, lagi la saya jadi garang. 
[barangkali mindset sahaja] 
jadi, bila saya fikir-fikir balik, 
memang kadangkala saya garang sedikit. 
ok,dekat orang-orang yang saya tak 
rapat saya takla garang. 
hipokrit? oh.tidak.tidak. 
sebab tak rapat la jadi kekok.
jadi bersikap sopan-sopan sahaja.[=p] 
dan dengan orang-orang yang saya 
rapat pula kan sudah terbiasa. 
garang bukan la sebab marah. 
lagi la saya sayang mereka-mereka ini. 
saya sayang sangat. 
garang pun kadangkala untuk kebaikan. 
betulkah? 
yup. bahagian yang garang untuk 
menjaga itu rasanya tidak salah. 
contohnya mudah. 
seperti seorang ibu sedang marahkan 
anaknya supaya jangan bermain 
ditepi lombong. 
bukankah garang si ibu itu sebab 
sayang dan mahu menyelamatkan anaknya. 
jadi saya garang[kadang-kadang =p] 
sebab saya sayang sangat. 
mungkin cara tidak kena pada tempatnya. 
tapi sangat sayang. 
dan!
Sayang..bukankah bermaksud hendak bersamanya diSyurga?<3 =)
jadi.haruslah melakukan perkara yang mengarahkan jalan kesyurga. 


ada sedikit kerisauan disini,
tidak pasti bahawa saya mampu atau tidak.
yup! nak jadi dai'e kan kena kuat. =')

future

konvo memang sangat memenatkan.
tapi bila fikir-fikir semula, 
dua tahun sepanjang diploma takla penat sangat. =) 
sedar tak sedar dah pun tamat. 
[sekarang memangla cakap tak penat. 
dah settle semuanya.] seronok. 
sangat bersyukur. 
waktu diploma banyak kenangan. 
lagi-lagi waktu 1st semester. 

[tidak pernah keseorangan. 
sentiada ditemani walaupun dekat dan jauh. =)]
dan sekarang semuanya tinggal kenangan. 
kenangan yang sangat manis untuk dikenang. 
dulu waktu kecik-kecik selalu 
juga saya terfikir kalau dah besar 
pasti seronok. 
boleh buat itu ini. 
boleh pergi sana sini. 
bebas dan boleh buat keputusan sendiri. 
nak masuk universiti nak kerja. 
tak sabar nak jadi orang dewasa. 
[tak sedar diri sikit] 
dan sekarang semuanya saya dah rasa. 
kecuali kerja. 
orangkan selalu cakap lagi dewasa kita 
lagi susah sebenarnya. 
dulu saya tak percaya. 
sekarang bulat-bulat saya percaya. [=p] 
lagi besar lagi banyak komitmen. 
lagi banyak perkara yang kita kena fikir. 
lagi besar tanggungjawab. 
lagi pening dibuatnya. 
jadi. kena pandai. 
pandai urus masa. 
pandai urus diri. 
pandai urus masalah. 
semuanya. 
20 tahun hidup didunia ini memang 
boleh dikatakan agak lama. 
tapi, apala sumbangan saya kan? 
berbalik kepada 3 perkara yang pernah 
saya tuliskan sebelum ini. 
dari mana kita datang. 
untuk apa kita hidup. 
dan kemana kita akan dikembalikan. 
[muhasabah diri sekejap] 
jadi silala buat yang terbaik untuk degree ni. 
semoga Allah mempermudahkan segala urusan 
saya dan kawan-kawan saya. 


*sekarang sudah sedikit dewasa. 
jadi harus bersikap lebih matang ye. =') 
agak kurang yakin dengan result 
1st semester degree ni. moga-moga lulus. =']

cinta betul vs cinta tipu vs cinta suci

baiklah.mula la saya nak mengutarakan sikit
pendapat saya [membebel] tentang cinta ni kan.
ramai orang tak sedar apa itu cinta sebenarnya.
[mungkin termasuk saya lagi.]
orang kata cinta itu apa? sayang? bagi perhatian? ambil berat?
ok.saya tak kata la salah. memang betul.
cinta itu sesuatu yang manis dan suci. sweet~
tapi yang menjadi masalah nya [sedikit geram disini]
cinta itu menjadi tidak suci jika tidak diaruskan
dengan cara yang betul.
tambah-tambah lagi yang lelaki dan perempuan
yang tiada ikatan sudah tentu-tentulah tak diizinkan.bukan?
apa.setuju? terima kasih.
baiklah. saya fokuskan sedikit disini.
awak dilihat sebagai seorang muslimah yang menjaga.
saya bukan hendak menyalahkan tetapi ingin
menyatakan ke'terkilan'an saya.
saya percaya awak tahu yang mana yang patut
dan yang mana tidak patut awak lakukan.
[haih.baiklah,awak tak sedar mungkin].
hm.sebab itulah berada dikalangan sahabat-sahabat
dan kawan-kawan kita akan lebih terjaga.
dan pastinya terdorong untuk melakukan aktiviti2
yang lebih bermanfaat.
kalau kita sorang-sorang memang risaulah tak kuat.
tak kuat nak halang keinginan tu.
[contohnya. duduk dirumah sewa dan bukan 
didalam kolej. lagi tinggilah potensinya untuk melakukan 
benda-benda yang lagha. mungkin] 
ok. lepas tu cinta betul dengan cinta tipu dekat sini
bukanla maksudnya laki tu tak serius dengan awak
atau awak tak serius dengan laki tu.
tapi cinta betul tu cinta yang diredhai oleh Allah.
dan cinta tipu tu cinta yang tidak diredhai oleh Allah.
jika sampai berkahwin pun tetapi cara bercinta itu salah,
bukankah rugi? rugi la. hilang manisnya.

jadi. cinta yang sebenar-benar itu apa?
mudah. cinta bermaksud hendak bersamanya disyurga. =)
berdasarkan pembacaan saya dalam buku
Batu-Bata Kehidupan tulisan Hilal Asyraf.
Cinta. bermaksud ingin bersamanya diSyurga!
tengok.jelas-jelaslah cinta seperti itu la yang mempunyai
maksud yang tepat dan sudah tentula sangat bermakna kan.
iye? sila setuju.terima kasih. =)
orangkan selalu cakap cinta kesyurga. cinta ke syurga. betullahkan. =)
jadi jika kita melakukan sesuatu yang
mengeluarkan kita dari jalan kesyurga,
tandanya telah hilang cinta kita kepada
orang yang kita kata, 'saya cintakan awak' tadi.
silalah berusaha untuk bercinta. yang ke syurga.=)
reminder for myself too.

"cinta bukan semudah 3 perkataan.[i love you] cinta yang sebenar adalah taat kepada Tuhan. maka cinta
kepada manusia itu berdiri atas keataatan. bukan untuk berseronok, tetapi cinta juga adalah ibadah dalam 
kehidupan. mustahillah ibadah boleh dicampur adukkan dengan kemaksiatan" kan? =)


* saya cintalah sama family saya, 
besties dan kawan-kawan saya. <3