Páginas

suatu masa

Assalamualaikum..

setelah melewati beberapa post yg telah dituliskan sebelum ini, tiba-tiba sy terimbas semula satu masa, satu masa dimana sy berdepan dengan situasi yg sangat sukar untuk menjaga hati dan memelihara rasa. betapa sukar rasanya ketika itu, hampir setip detik yg sy gusarkan adalah bagaimana lagi caranya untuk menjaga hati. sungguh terasa lemah dan lelahnya ketika itu. bukan senang apa ntah lagi ia melibatkan urusan manusia.

masa jualah pengubat luka. Allah jualah peneman bicara menenang rasa.
bukan mudah melaksana seperti mana bicara. sakitnya mengajar sy. masih lagi sy ingat bagaimana rasa sakitnya kerana urusan manusia. Hati, rasa seperti dihempas dan berkecai. beritahu sy bagaimana lagi caranya untuk balutkan luka dan sakitnya hati bila begitu..ubatnya cuma kembali kpd Dia..

Jangan terpedaya lagi dengan meletakkan rasa yg berlebih-lebihan untuk urusan  manusia dan urusan dunia..

Alhamdulillah perasaan yg payah dan lelah itu lama-lama pergi. perlahan-lahan..pergi. cukuplah sekali itu sy dihimpit dengan perasaan yg begitu.

cuma hiaskan hari-hari yg bakal dilalui dengan Cinta-cinta..
cinta-cinta..
dan juga misi sy..masih lagi sy cuba berusaha..
semoga Allah sentiasa pelihara semua yg dicinta..
semoga Allah redha

0 messages: