Páginas

ramadhan



عن ابي هريره قال قال رسول الله (ص) اعطيت امتي خمس خصال في رمضان لم تعطهن امة قبلهم خلوف فم الصائم اطيب عند الله من ريح المسك وتستغفر لهم الحيتان حتى يفطروا. ويزين الله عزوجل كل يوم جنته ثم يقول يوشك عبادي الصالحون ان يلقوا عنهم المؤنة ويصيروا اليك وتصفد فيه مردة الشياطين فلا يخلصوا فيه الى ما كانوا يخلصوا اليه في غيره ويغفرلهم في اخر ليله قيل يا رسول الله اهى ليلة القدر قال لا ولكن العامل انما يوفى اجره اذا قضى عمله.

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan. Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."


Kelebihan Bulan Ramadhan

Antara beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk di hayati bersama dan mendapat keberkatannya :

1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.

2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."

Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi

3. Dan Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang artinya :

"Sesiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka akan diampunkan baginya dosanya yang telah lalu."

Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Nasai'e dan Baihaqi

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Solat yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar).

Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah."

Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi

5. Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara.

Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad saw didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "

Hadis riwayat imam Bukhari& Muslim

bersihkan hati..
dari semua sifat tercela..
yang sentiasa saya mahukan
bukan untuk saya seorang, tapi untuk semua..
yang saya sayang..
saya mahu.

pesan #1

tuntutla ilmu tapi tidak melupakan ibadah.
dan kerjakanlah ibadah tapi tidak boleh lupa pada ilmu.
(hasan al-basri)

bila mencari teman untuk kebahagiaan akhirat,
perhatikanla benar-benar urusan agamanya.
dan bila mencari teman untuk peroleh keperluan duniawi,
maka perhatikan ia tentang kebaikan budi perketinya
(imam al-ghazali)


#04072010
       

amalan tertolak kerana mazmumah

Allah menciptakan tujuh malaikat sebelum diciptakan langit dan bumi. Kemudian, ditentukan mereka untuk menjaga setiap pintu-pintu langit. pada setiap pintu-pintu ini pula, malaikat pembawa amalan manusia akan ditahan oleh mereka untuk memastikan amalan tersebut diterima ke pintu langit seterusnya ataupun sebaliknya.

pintu langit pertama.
malaikat membawa amalan seorang hamba yang mempunyai nur seperti cahaya matahari.
berkata malaikat penjaga pintu langit: "pukullah amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya. akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat). Allah menyuruhku supaya tidak membenarkan amalan orang yang mengumpat itu dapat naik ke langit seterusnya."

pintu langit kedua.
setelah berjaya melepasi pintu langit pertama, malaikat itu sampai kepintu langit kedua dengan membawa amalan yang dilihat baik dan banyak. kata malaikat penjaga langit: "berhenti kamu dan pukul amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya kerana dia berharap agar dengan amalannya dia mendapat keuntungan dunia."

pintu langit ketiga.
malaikat membawa amalan pahala sedekah solat dan puasa. para malaikat kagum melihat amalan tersebut lalu dibawa melintasi langit pertama dan kedual. tetapi ditahan dilangit ketiga. malaikat berkata: "Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takabbur dapat melintasiku. orang itu suka membesarkan diri di majlis orang ramai."

pintu langit keempat.
amalan berupa tasbih solat puasa haji dan umrah dibawa malaikat hingga melepasi pintu langit keempat. berkata malaikat penjaga langit: "Allah memerintahkan supaya amalan orang yang ujub supaya tidak melintasiku. dia beramal dengan perasaan ujub dalam dirinya."

pintu langit kelima.
amalan yang dibawa berseri seri, lalu berkata malaikat penjaga langit: "berhenti dan buangkan amalan ini pada orang yang mengerjakannya. mereka sebenarnya hasad kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya."

pintu langit keenam.
malaikat membawa amalan solat zakat umrah jihad dan puasa yang bercahaya seperti bulan purnama. lalu berkata malaikat penjaga langit: "pukullah amalan ini kepada orang yang mengerjakannya kerana dia tiada belas kasihan kepada hamba-hambanya yang menghadapi kesusahan"

pintu langit ketujuh.
berkata malaikat sum'ah (ingin mahsyur): "aku akan menghalang amalan orang yang riyak daripada sampai kepada Tuhanku. dia beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tetapi supaya amalannya disebut sebut."

ketika bertemu Allah,
kemudian naik malaikat membawa amalan seorang hamba yang berupa solat, zakat, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam diri, dan berzikir. amalan ini dibawa oleh malaikat penjaga langit sehingga dapat melintasi semua lapisan langit an sampai kepada Allah. ketika itu, Allah berfirman yang bermaksud: "kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKu ini. Aku lebih mengetahui segala isi hatinya. dia tidak ikhlas kepadaKu dengan amalannya. dia boleh menipu orang lain, menipu kamu tetapi tidak boleh menipu Aku."

solusi-32-


amalan saya dimana?
entah langit pertama belum tentu layak
hati. diri. akal.
selalunya leka...='|
saya selalu ingin berusaha
tapi tak mampu lagi  ='|

durrani-untukmu

Sahabat
Dalam kabut ku tercari-cari cahaya
Akhirnya ku temui sinar ceria diraut wajahmu

Andainya alam ini mampu berkata-kata
Pastilah pujian buat dirimu
Di waktu itu akulah yg bertuah
Punya sahabat sepertimu

Sahabat
Kau bimbing la ku menuju cahaya ilahi
Sahabat
Aku lemah mangharungi ranjau dunia

Sahabat
Aku ingin seperti mu dalam ketenangan
Menghadapi hidup ini

Sahabat ku bersyukur kerna mengenali dirimu
Ku harap moga kitakan bersama
Harungi segala suka duka
Moga kejayaan milik kita
Agar hidup menuju mulia

durrani-untukmu


saya rindu kawan-kawan di UiTM s.alam kampus pp
saya rindu usrah
saya mahu merasa semua itu lagi
ramai-ramai
saya rindu saya rindu
dengan mereka saya lebih tenang
tenang yang betul tenang..
saya mahu saya rindu ='(

siapakah sahabat?

seorang sahabat bertanya Rasulullah saw,
"siapakah yang menjadi sahabat yang paling baik bagi kami ya Rasulullah?"
Rasulullah saw mwnjawab,
"seseorang yang apabila kamu memandangnya kamu teringat akan Allah swt,
apabila kamu mendengar percakapannya pengetahuan kamu tentang Islam bertambah,
apabila kamu melihat kelakuannya kamu teringat kepada kehidupan akhirat"

semoga sama-sama menjadi dan dijadi.
dan diatas segalanya pastilah ikhlas dan bersih hati.





saya sangat bersyukur punya teman begini
kerana diri ini sangat lemah.
     

menjaga hati

menjaga hati. membaiki hati. memulih hati. 
bukanlah perkara mudah. memang ia sukar tidak mustahil. 
tapi sukarnya adalah sebenar-benar sukar. 
dan perlukan kekuatan semangat yang sangat kuat dan berharap. 
berharap pada siapa?
berharap pada Yang Satu sahaja. 
bukan yang lain. pilihan ditangan kita. iaitu usaha dan ikhlas.
bercakap memanglah kelihatan senang.
tetapi tulisan ini bukanlan tulisan kosong tanpa pernah merasa.
saat remuknya hati adalah saat-saat paling sukar pertama kali dirasa.
ayat suci sahaja pengubat hati.
apakah kamu dibiarkan mengaku beriman sedang diri tidak diuji. 29:2 



'..Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya..'
'..Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya..'


peringatan kemas sekemas-kemasnya
buat saya sendiri yang selalu leka terlupa.segala.

   

fitrah manusia

hakikatnya fitrahnya manusia itu adalah kepada kebaikan.
dari lubuk hati manusia itu selalu merindukan kedamaian dan ketenangan.
ada waktu ketika manusia tewas dengan nafsu dengan berbuat kejahatan
yang menghancurkan nilai-nilai kemanusiaan dalam agamanya.
namun Allah telah mengingatkan,
“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” [al-Rum,30:30]
ramai diantara kita yang melupakan fitrah insaniyah (kemanusiaan)
dan mengikut nafsu.
padahal Allah telah mengecam jiwa-jiwa yang mengikut nafsu,
“Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya? atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya.”[al-furqan,25:43-44]
betapa hina dan sedihnya gelaran yang disematkan Allah kepada para pemuja nafsu.
mahukah kita digelar sebegitu dari pandangan Allah.
Semoga kita termasuk dalam golongan manusia-manusia 
yang sentiasa berusaha menjaga fitrah insaniyah kita, 
nafsu itu hanya mengaruskan manusia menuju kajahatan dan kesengsaraan.

lalui hidup dan kehidupan di dunia ini dalam bimbingan wahyu Ilahi.
bukan nafsu yang memakan diri.
peringatan kemas buat diri .

manusia yang kejam itu
hanya bertuhankan nafsu semata.
saya sangat tidak suka dan sedih
  

pokok iman


iman tanpa amal;
ibarat pokok bunga tidak berbunga.
amal tanpa zuhud;
ibarat pohon berbunga
tetapi tiada buah hasilnya.
kehidupan tanpa iman, doa dan tawakal;
ibarat pohon yang mati akarnya.

dunia

Mewangi kuntuman bahagia
Di halaman ayah serta bonda
Menatang selaut cahaya
Melerai resah dan gundah di jiwa
Segunung impian dicita

Selangit harapan di damba
Dibelai, dimanja mesra
Kaulah racun, kau penawar
Senyuman dan tangisanmu
Pengubat duka dan lara

Engkau umpama sebutir permata
Diperlubukkan kasih nan bersinar, bercahaya
Hiasi rumahtangga
Engkau harapan seisi keluarga
Panjatan doa dan aimata
Yang pasrah kepada Yang Esa
Kepadamu tercurah
Kasih sayang dan pengorbanan
Agar terus gemilang

Dididik, diasuh tiap masa
Diajarkan ilmu yang berguna
Mengenal Allah dan Rasul
Menyemai, menyubur iman di dada

Dilayur segala kekerasan
Dilentur dengan kelembutan
Dititip seuntai madah
Hidupmu mula dan berakhir
Menyusur fitrah dan sunnah
Bernoktah di penghujungnya

Tiada yang lebih membahagiakan
Melihat dirimu kian membesar, dewasa
Di dalam sejahtera
Usah terpesona pujukan dunia
Yang hanya menyilau pandangan
Memukau dengan keindahannya
Nasihat ayah bonda
Agar engkau lebih bersedia
Untuk menghadapinya


Bersemi kelopak kasih sayang
Di persada cinta yang sejati
Titisan susu ibunda
Menyegarkan, menghapuskan dahaga

Renjisan keringat dari ayahanda
Menyubur pohon kehidupan
Tuaian sebidang tabah
Buatmu doa dan harapan
Jadilah insan yang mulia
Pembela di hari tua

Waktu bisa merubah segalanya
Dewasalah dalam rahmat dan kasih Ilahi
Redahi pancaroba
Andai langkahmu tersasar kesimpangan
Pulanglah ke laman ayah bonda
Kembali menghuni di tamannya
Bersamalah semula
Menghirup embunan kasih sayang
Sedingin airmata bonda


Engkaulah permata ayah bonda....

permata ayah bonda-Firdaus

kerdilnya saya ini. begitu lemah dan leka dengan kilaunya pujukan dunia. semoga pengharapan usaha ini berkekalan. kekal. saya tak mahu lemah tentang perkara yang sia-sia lagi. semoga Allah redha. pergantungan saya hanya kepada Dia. Satu. tidak ada pada yang lain. tak mungkin ada pada yang lain. semoga tergolong dalam orang-orang yang tahu untk bersyukur. semoga kuat. =')

harap-harap inilah yang sebenar-benar
usaha dan pengharapan. =')
semoga Allah redha.
semoga Allah redha.  

berusaha kerana tidak mengetahui

manusia tidak sempurna. acap kali saya mendengar ayat ini dilafazkan. ya. memang tiada diantara kita yang sempurna. banyak melakukan kesilapan. sama ada sedar atau tidak. tapi jangan pernah bosan untuk meminta maaf. jangan pernah putus asa dengan takdir. kata orang,
'..itu dan ini sudah ditakdirkan, jadi tak ada apa lagi yang boleh kita lakukan..'
'..itu semua dah lepas mana boleh buat apa-apa lagi dah.dah terlambat..' 
sebenarnya tidak juga. kerana bukan semua begitu. maksud saya sebagai contoh, iya, kita pasti akan mati. tapi mati dalam keadaan yang bagaimana? mati dalam keadaan kita ini sebagai hambaNya atau sebaliknya? nauzubillah. bukankah pilihannya terletak pada tangan kita. jadi jangan pernah berhenti berusaha, jangan pernah bosan memohon keampunan serta maaf dari Dia. apatah lagi salah dengan manusia. saya mintak maaf..

'One put an effort because he does not know.'
jadi kenapa kita perlu berusaha untuk itu dan ini sedangkan kita tahu segalanya telah ditakdirkan? kerana kita tidak mengetahui. kerana kita tidak mengetahui apa yang telah ditakdirkan Allah buat kita. Di neraka? diSyurga? bahagia? merana? kaya? miskin? kita ini mati dalam iman atau kufur? satu pun kita tak tahu bukan. jadi kerana itu kita harus berusaha. berusaha memang sukar. perlukan mujahadah yang sangat kuat. sangat kuat. berusaha memberikan yang terbaik dalam kehidupan kita. peringatan buat diri saya juga. yang sangat selalu leka dan lemah.

'..kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja..' [al-israk,17:85]
diri kita tersangatlah kurangnya ilmu. sangat-sangat. jadi boleh juga saya simpulkan disini kita harus berusaha untuk perkara-perkara yang ada didepan mata sekarang. berusaha untuk mengisi kehidupan kita yang sekarang dengan baik.

tak usah memikirkan perkara yang lalu kerana itu hanya boleh dijadikan pengajaran untuk masa ini dan tak usah terlampau memikirkan masa hadapan kerana kita tidak tahu apa yang Dia tetapkan buat kita. yang kita perlu tahu ialah sekarang ini.

berusaha sekarang untuk masa hadapan dengan mengambil iktibar dari masa lalu.

*peringatan kemas buat saya
yang sangat-sangat lemah dan 
terlampau banyak buat silap ini.