Páginas

Alhamdulillah

assalamualaikum wbt.

alhamdulillah. alhamdulillah krn masih lagi ada peluang untuk menulis di ruang ini. masih diberi nafas untuk dihirup di atas bumi ini. bila begitu, maka masih lagi diberi peluang olehNya untuk memuhasabah, membaiki, dan meningkatkan lagi nilai diri ini untuk dihisab disana nanti. Allah...

menjaga hati sahaja bukanlah satu-satunya usaha yg perlu dilakukan. sibuk ingin menjaga hati hingga urusan lain terabai dan terlupa bukan usaha yg patut dibangga-banggakan. urusan tentang keluarga dan kawan-kawan, pelajaran serta tanggungjawab pada saudara se-agama seluruh dunia. perkara2 itu yg patut lebih diutamakan. cukuplah untuk menjaga hati dan diri sendiri shaja.

sebenarnya tulisan yg ini adalah cuma untuk meluah sedikit rasa. rasa gusar tentang diri. sebanyak mana amal yg dikumpul untuk bekalan sana nanti, sebanyak mana usaha yg telah diberi untuk membawa diri dan orang2 yg disayangi untuk kesana nanti, sekuat mana diri ini telah berusaha untuk semua ini, sekuat mana lah hati dan diri ini telah berusaha. asyik selalu leka dengan urusan dunia. urusan yg langsung tak penting. main2 sana sini.  asyik selalu terlupa akan niat asalnya. mencari redha Dia. dapatkan redha Dia. tetap diri ini selalu leka..sedih.

ada beberapa perkara lain lagi yg sy gusarkan sebenarnya. tp belum cukup masa untuk menulis berlebihan2 di sini. masih ada dua exam paper lagi yg berbaki untuk semester ini. semoga dimudahkan dan ditunjukkan jalannya.

sy rindu dn syg sgt pada dia teman sy, rindu ingin berjumpa dn mendengar celoteh dan cerita dia. rindu waktu yg dkongsi bersama, berjalan2, makan, duduk bsahaja dengannya mengisi masa yg ada. sukanya sy. tp entah jika rindu ini adalah rindu yg bermanfaat dn boleh mencapai redha Dia. bagus begitu. tetapi rindu ini adakah rindu yg mmbawa pahala begitu. risau dgn rasa rindu yg begini.
semoga dimudahkan urusan olehNya pd hari2 yg akn datang.
amin.

...




0 messages: