Páginas

keinginan vs keperluan

bismillahirrahmanirrahim,

bila bercakap tentang keinginan dan keperluan. yang manakah yang lebih utama? sudah tentu lah keperluan bukan. seperti dalam kehidupan seharian kita. harus utamakan keperluan terlebih dahulu barulah beralih kepada keinginan. saya tahu ada waktu kadangkala sehingga keinginan itu berlebih-lebih pula dari keperluan.

saya sendiri sebenarnya keliru tentang keperluan dan keinginan. bila Allah telah berikan sesuatu, bermakna Allah telah memberikan keperluan kita bukan. apa yang Allah beri itu yang terbaik. peringatan kemas buat saya juga yang selalu merungut ini. rasa yang tidak sepatutnya dipersoalkan. sepatutnya tidak perlu mempersoalkan, kenapa itu begitu dan begini? kenapa ini begitu dan begini? tidak perlu semua itu. saya memang sedang memberi kekuatan pada diri.

Allah sudah memberi. dan kita perlu menerima dengan hati yang redha ikhlas dan tenang. sukar? terlampau sukar kerana keliru dengan rasa sendiri?  inilah masanya melatih diri untuk bersyukur. berdoalah dengan penuh pengharapan kepada Allah. yakin, Allah tahu apa yang terbaik buat diri. kerana sehingga saat ini kita hidup didunia,segala 'keperluan' telah diberi oleh Allah. cukup.sempurna.
'..boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya..' [al-baqarah,2:216]

inilah usaha saya.
menuliskan rasa seperti ini menjadi lebih tenang.
hanya perlukan masa untuk leraikan rasa kekeliruan
antara keinginan dan keperluan. 

muhasabah diri: manisnya Iman

bila mendengar perkataan manisnya iman adakah kita akan membayangkan ianya seperti gula-gula yang manis itu? mungkin ia bayangannya manis seperti itu. tapi agak-agak dapatkah kita membayangkan bagaimana rasanya kemanisan iman itu. kerana sekarang saya sedang bercakap tentang iman dan bukan gula-gula. saya tahu sukarnya untuk merasakan kemanisan iman. hanya hati yang benar-benar berharap,yakin dan berusaha akan merasa manisnya iman itu.

jadi bagaimana tandanya bila kita merasa kemanisan iman itu. ada tiga tanda.
pertama, melebihkan Allah dan RasulNya lebih dari seisi dunia.
kedua, menyayangi saudaranya kerana Allah
ketiga,benci terhadap kemungkaran seperti bencinya dicampak ke neraka.

Melebihkan Allah dan RasulNya lebih dari seisi dunia. bermakna lebih dari keluarga, rakan-rakan dan saudara mara. disinilah situasi dimana utamakan hak Allah terlebih dahulu. dan luangkan masa untuk berselawat ke atas Nabi saw. peringatan buat saya juga. peringatan buat semua bersama. kerana saya juga sangat sering terleka. didalam ingin melakukan sesuatu tugas, utamakan hak Allah terlebih dahulu. jaga solat. diawal permulaan sesuatu beselawat ke atas Nabi saw terlebih dahulu.

Dan kemudian menyayangi saudaranya kerana Allah. mencintai saudaranya kerana Allah. hanya ingat satu perkara. Cinta bermaksud hendak bersamanya kesyurga. Cinta itu, bermakna hendak bersamanya disyurga. maka. seperti yang pernah saya tuliskan sebelum ini, jika kita melakukan sesuatu yang mengeluarkan kita dari jalan kesyurga, tandanya telah hilang cinta kita kepada orang yang kita kata, 'saya cintakan awak' tadi. nampak mudah tetapi sukar. dan walaupun sukar tapi tak mustahil. ya. sukar tapi tak mustahil.=)
ikhlaskan hati.

Seterusnya benci terhadap kemungkaran. inilah situasi dimana konsep amal makruf nahi mungkar dipraktikkan. dan didalam konsepini  ada tiga peringkat, dimana melalui perbuatan, percakapan dan hati. dan selemah-lemah iman itu adalah membenci dengan hati. kata Syeikh Ibn Ata'illah, [terlupa dari mana sumbernya] sebahagian daripada tanda matinya hati itu apabila kita tak rasa sedih pun kalau kita tertinggal sesuatu amalan kebaikan dan tak menyesal kalau kita terbuat atau membuat dosa. jadi.mari sama-sama muhasabah diri.

kebenaran dan kesabaran demi sebuah peringatan.
semoga Allah redha.

semoga saya kuat untuk 
hari-hari yang akan datang. =')

sikap manusia berbeza

bismillahirrahmanirrahim.

mahu memberi pendapat tentang sikap dan perangai manusia yang bermacam ragam ini. memang ya.tidak dinafikan sikap dan tingkah laku setiap orang itu adalah berbeza. kadangkala, kita memandangnya dari sudut yang lain dan orang tersebut pula memandangnya dari sudut yang lain. fikiran manusia.kita tidak tahu dan tidak berupaya untuk mentafsir. mungkin mereka ada alasan munasabah yang tersendiri apabila bertindak demikian. saya tahu saya tidak punya hak untuk mempertikaikan sikap seseorang itu begitu dan begini. tapi, sekurang-kurangnya bertindaklah sedikit rational.

bertindaklah dengan hati yang tenang. dan tak mahu lah hanya pentingkan perasaan sendiri jika ianya melibatkan ramai orang. kamu juga harus menjaga perasaan orang disekeliling. terutamanya kawan-kawan dan sahabat. kalau benar kamu rindu dan sayang mereka. kamu tidak akan berbuat keputusan yang mungkin akan mengecilkan hati mereka. walaupun kamu pernah berkecil hati dengan mereka.

saya tahu, setiap orang melakukan kesilapan. saya juga tidak sempurna dan banyak melakukan kesilapan. tidak ada antara kita ini yang sempurna. salah faham dan kesilapan yang berlaku antara sahabat itu perkara biasa bukan. jadi, berusahalah untuk sentiasa menjaga ikatan itu. janganlah apabila hubungan itu sudah keruh maka ditambahkan lagi keruhnya. fikirkan diri kamu dan orang lain juga. sama-sama. kamu sendiri perlu berusaha. usah harapkan semua teman-teman kamu sahaja yang perlu jaga perasaan untuk kamu seorang. jangan begitu. mereka ramai dan kamu seorang.

manakah hati-hati yang lebih banyak perlu dijaga? hati kamukah atau hati-hati mereka?


kalau benar kamu rindu dan sayang pada kawan-kawan kamu,
kamu tidak akan berbuat keputusan sebegitu.
saya cuma agak sedikit kecewa dalam situasi ini.

cinta betul vs cinta tipu vs cinta suci II

baiklah.mula la saya nak mengutarakan sikit
pendapat saya [membebel] tentang cinta ni kan.
ramai orang tak sedar apa itu cinta sebenarnya.
[mungkin termasuk saya lagi.]
orang kata cinta itu apa? sayang? bagi perhatian? ambil berat?
ok.saya tak kata la salah. memang betul.
cinta itu sesuatu yang manis dan suci. sweet~
tapi yang menjadi masalah nya [sedikit geram disini]
cinta itu menjadi tidak suci jika tidak diaruskan
dengan cara yang betul.
tambah-tambah lagi yang lelaki dan perempuan
yang tiada ikatan sudah tentu-tentulah tak diizinkan.bukan?
apa.setuju? terima kasih.

baiklah. saya fokuskan sedikit disini.
awak dilihat sebagai seorang muslimah yang menjaga.
saya bukan hendak menyalahkan tetapi ingin
menyatakan ke'terkilan'an saya.
saya percaya awak tahu yang mana yang patut
dan yang mana tidak patut awak lakukan.

hm.sebab itulah berada dikalangan sahabat-sahabat
dan kawan-kawan kita akan lebih terjaga.
dan pastinya terdorong untuk melakukan aktiviti2
yang lebih bermanfaat.
kalau kita sorang-sorang memang risaulah tak kuat.
tak kuat nak halang keinginan tu.
[contohnya. duduk dirumah sewa dan bukan
didalam kolej. lagi tinggilah potensinya untuk melakukan
benda-benda yang lagha. mungkin]

kemudian cinta betul dengan cinta tipu di sini
bukanla bermaksud laki tu tak serius dengan awak
atau awak tak serius dengan laki tu.
tapi cinta betul tu cinta yang diredhai oleh Allah.
dan cinta tipu tu cinta yang tidak diredhai oleh Allah.
jika sampai berkahwin pun tetapi cara bercinta itu salah,
bukankah rugi?

rugi la. hilang manisnya.

jadi. cinta yang sebenar-benar itu apa?
mudah. cinta bermaksud hendak bersamanya disyurga. =)
berdasarkan pembacaan saya dalam buku
Batu-Bata Kehidupan tulisan Hilal Asyraf.
Cinta. bermaksud ingin bersamanya diSyurga!
Lihat.jelas-jelaslah cinta seperti itu la yang mempunyai
maksud yang tepat dan sudah tentula sangat bermakna kan.
iye? sila setuju.terima kasih.

orangkan selalu cakap cinta kesyurga. cinta ke syurga. betullahkan. =)
jadi jika kita melakukan sesuatu yang
mengeluarkan kita dari jalan kesyurga,
tandanya telah hilang cinta kita kepada
orang yang kita kata, 'saya cintakan awak' tadi.
silalah berusaha untuk bercinta. yang ke syurga.=)
peringatan buat diri saya juga.
saya selalu berusaha
tapi,,tidak layak rasanya... ='(
semoga Allah redha.

"cinta bukan semudah 3 perkataan.[i love you] cinta yang sebenar adalah taat kepada Tuhan. 
maka cinta kepada manusia itu berdiri atas keataatan. bukan untuk berseronok, tetapi cinta juga adalah ibadah dalam 
kehidupan. mustahillah ibadah boleh dicampur adukkan dengan kemaksiatan"  

rasa

Serasanya saya bukanlah seorang yang pandai berpura-pura tentang apa yang saya rasa. meskipun kadangkala ianya harus untuk menjaga perasaan orang disekeliling, saya juga tidak mampu. ini kelemahan saya. saya sangat lemah tentang mengurus rasa. dan saya tak pandai untuk menyimpan rasa seorang diri. saya selalu rasa seperti mahu meluahkan. ini memang kelemahan saya. tapi saya tidak pernah menipu tentang rasa saya.

rasa yang saya sampaikan disini semuanya melalui kondisi hati saya ketika saya menulis disini. jika kelihatan seperti bersemangat maka hati saya pada ketika itu juga bersemangat, dan jika kelihatan seperti tidak bersemangat, ada waktu-waktu yang saya tidak mampu langsung untuk menjaga hati kerana lemah dan tidak kuat. apa yang pasti, penulisan ini bagi saya adalah usaha. penulisan adalah penyampaian rasa yang lebih menenangkan dan menyenangkan bagi saya. kerana hati yang berkata-kata.

ini kelemahan saya.
sudah berusaha tapi masih tidak mampu.
harap kamu tidak penat dan terima saya seadanya.

repost.kebenaran dan kesabaran demi sebuah peringatan. itu lebih baik.

Hari ini hati saya seperti mahu senyum dengan ikhlas. kenapa, kerana Allah ada temankan hati saya hari ini. oh.hari ini? bukan hari ini je. tapi hari hari. hari hari Allah ada menemani kita. ya.pergantungan yang sebenar-benarnya kepada Allah sangat menenangkan.saya selalu terleka. saya sendiri seorang yang lemah dan terlampau banyak melakukan kesalahan. kesalahan sama dan tidak.saya tahu ada,dan saya tidak menyedari. maaf. setiap hari saya berdoa. mungkin usaha saya ini tidak setara mana. tapi saya tetap terus berusaha untuk menjaga hati walaupun begitu.

sebelum ini saya tidak pernah lagi merasakan sesuatu yang begitu susah. tapi,sejak akhir-akhir ini ada sedikit rasa begitu.walaupun tidak bertimpa-timpa.tetap rasa seperti diuji. ya.itulah ujian.=')  dalam alQuran sendiri Allah dah berfirman surah al-ankabut ayat 2,
"apakah mereka akan dibiar mengatakan 'kami sudah beriman' tetapi mereka tidak diuji?" jadi. setiap orang pasti akan diuji dengan tahap keimanan masing masing kan. tapi jangan sedih sedih sebab Allah berfirman dalam al'Imran ayat 139,
"Janganla kamu bersikap lemah, dan janganla kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman" 

memang sangat memberi kekuatan.

berbalik semula kepada soal hati. Kekasih Allah sendiri sudah pesan kat kita yang sesugguhnya didalam diri seseorang itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruhnya dan jika buruk daging itu maka buruklah seluruhnya. Ketahuilah daging itu hati.

ya. hati. hati saya. hati-hati kita.

walau apa sekali pun yang kita buat didunia ini kalau bukan dengan niat yg baik, maka amalan atau perbuatan kita itu nanti pasti akan jadi sia sia. pesanan untuk diri saya juga. em2.ada satu hadis sahih pun menyebut yang sesungguhnya setiap amal kita itu bergantung kepada niat. jadi. macam mana kita nak adakan niat yang baik dari dalam diri kalau tidak dimulakan dari hati bukan.

kata imam al-Ghazali, carilah hatimu ketika membaca alQuran. Jika tidak ditemui, maka carila hatimu ketika sedang mengerjakan solat. Jika tidak ditemui lagi, carila hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. tapi jika masih tak ditemui, berdoalah pada Allah dan pohonla hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kamu sudah tidak mempunyai hati.

nak tahu macam mana sama ada hati kita ni sihat atau tidak? kata Syeikh Ibn Ata'illah, sebahagian daripada tanda matinya hati, bila kita tak rasa sedih pun kalau kita tertinggal sesuatu amalan kebaikan dan tak menyesal kalau kita terbuat atau membuat dosa. sedih kan? sedih kan kalau hati kita rasa macam itu. rugi sangat kan? Allah sentiasa sayang, ingat dan perhatikan kita. tapi kita selalu atau kadang kadang, buat2 tak tahu je. tapi sampai sekarang kita masih merasa nikmat Allah lagi.nikmat kasih sayang. nikmat makan minum. kan.kan. hah? pelik? jangan la pelik pelik sebab Allah kan Maha Penyayang.Maha Pemurah.

saya terbaca satu ayat dalam majalah solusi isu no.4, kalau kita nak Allah bercakap dgn kita dan menjawab segala resah di hati kita, bacalah alQuran (dan tafsiran sekali) sebab alQuran itu kan ayat2 cinta dari Allah untuk kita. ayat2 Allah la yang paling romantik dan memujuk hati.percayalah cakap saya. contohnya kan, bila hati saya terasa sedih, tak kuat dan sangat sangat perlukan kekuatan masa tu, saya akan buka tafsir dan baca. air mata menitis bukan kerana kesedihan. tapi sebab terharunya Allah menjawab pertanyaan hati saya waktu dan disaat itu jugak. manisnya ayat2 Allah pada yang benar benar mengharapkanNya. sekelip mata je. saya rasa terpujuk dan terus mahu tersenyum.

dan juga kalau kita mahu bercakap atau berkomunikasi dengan Allah, maka dirikanla solat. dirikanla solat. dirikanla solat. betul. saya sangat setuju. cakapla dengan Allah. mintakla segala apa yang kita mau atau inginkan pada Dia. Allah dengar segala permintaan kita. tak kisah la sama ada permintaan kita makbul atau tidak. yang pasti, apa yang Allah bagi kat kita semuanya ada hikmah. ini lagi satu perkara yang saya suka. segala apa yang terjadi kat kita mesti ada kebaikannya kan. hebatnya Allah.cantik susunanNya sebab semuanya ada hikmah. 

sudah Allah dah berfirman dalam alBaqarah ayat 216,
"boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" :)

jadi hari ini dan hari hari yang akan datang. hati saya seperti selalu mau tersenyum.berjalanlah denganpenuh pengharapan kepada Allah. moga2 tabah. :)


yang selalu mengharap redhaNya...

ujian

sebelum ini saya tidak pernah merasakan sesuatu yang terlampau sangat susah atau sukar. tidak pernah lagi saya merasa perasaan yang sebegitu. menghadapi perkara yang saya rasa begitu sukar dan tidak mampu hadapi sebelum ini, serasanya belum lagi. alhamdulillah. sepanjang 20 tahun waktu yang Allah berikan pada saya sehingga kesaat ini. nikmat agama, rasa dan kasih sayang. saya sangat bersyukur. tetapi sejak akhir-akhir ini, saya rasakan punya banyak ujian yg datang. tapi tidaklah sampai bertimpa-timpa. =') tapi, tetap rasa seperti diuji.dan saya rasakan sedikit sukar. ya.itulah ujian.
'..Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?..' [al-ankabut,29:2]
dan semoga saya kuat. hanya hati yang yakin dan bergantung hanya kepada Allah akan mampu. saya juga seperti manusia lain yang sangat lemah dan sangat perlukan kekuatan dan semangat. semoga Allah redha. =')
'..Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala [dari kebaikan] yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya..' [al-Baqarah,2:286]
daripada berbisik pada bulan, lebih baik bermonolog dengan Tuhan. =')


ikan dan kucing sama-sama sangat comel.=)

dia sangat istimewa

dia memang hadiah dari Allah yang sangat istimewa.
dengan bertitlekan dengan nama kawan, teman atau sahabat.
dia memang sangat istimewa. yang paling saya sayang.
kerana dia, saya tahu apa itu erti kawan, teman dan sahabat.
kerana dia saya tahu bagaimana mahu menghargai kawan-kawan saya yang saya sayang.
kerana dia mengajar bagaimana untuk menjadi seorang teman yang tahu untuk mengambil berat terhadap kawan-kawan saya yang lain.
kerana dia mengajar erti sayang.
kerana dia pandai buat saya tersenyum.
kerana dia saya punya semangat untuk menjadi kawan yang baik untuk semua kawan-kawan saya.
kerana dia adalah yang pertama.
kerana dia kurniaan Allah buat saya.
dan kerana dia itu hak Allah.
dan kerana itu, jangan berlebih-lebihan dalam bersahabat yang diluar batasan.
dia milik Allah. saya juga. dan semua orang.
dijalan Allah, persahabatan ini bukan milik saya dan bukan milik dia. persahabatan milik Allah.
jadi, permulaan dan pengakhiran semuanya terserah kepada Allah.

dan kerana itu.
bila saya bersedih saya akan inginkan dia.
bila saya sakit saya mahukan dia.
bila saya gembira saya mahu kongsikan dengan dia.
bila saya susah saya mahu ceritakan pada dia.
bila saya seperti keanak-anakkan lebih selesa dengan dia.
bila saya ada kemahuan saya beritahu pada dia.
bila saya sudah terbiasa maka saya mahu dia.
yang teakhir inilah payah.ok. abaikan sedikit. =p
terima kasih. saya sememangnya sangat menghargai awak.
friends in need, she's indeed.

saya mintak maaf.
ada waktu saya tak mampu langsung kawal perasaan saya.
saya hanya sangat rindu.. saya mintak maaf.
awak sudah penat. rehatlah.

masa hadapan

kita tidak tahu tentang apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. tapi tidak semestinya kita tidak berusaha dan menganggap segalanya sudah ditakdirkan. sekurang-kurangnya perlu ada azam. azam saya mahu bersikap lebih matang dan menuntut ilmu dengan lebih bersemangat lagi. semoga saya dan orang-orang yang saya sayang sentiasa sihat dalam iman. ikhlas dalam beramal. kuat dalam duka. semoga sentiasa dibawah redha Allah.


saya hanya seorang insan yang sangat lemah.
banyak buat salah.
saya tidak mengetahui.
manusia berubah.
maafkan saya.

lupakan itu.

saya mahu buang perasaan rindu tentang waktu dahulu yang tidak munasabah. perasaan saya ini langsung tidak munasabah. saya sangat tidak suka tentang apa yang sering saya rasakan dan ingat ini. saya tidak suka langsung. ianya sangat tidak bagus. saya tahu mungkin ada yang penat dan lelah. saya juga berasa sangat sedih kenapa saya mempunyai rasa ini.
dan juga sangat berterima kasih pada seorang teman yang selalu berpesan dan memberi nasihat tentang apa yang saya rasa. dia tahu.saya mahu pergi berjumpa dengan dia dan menangis pada dia. itu lebih melegakan.
semoga Allah sentiasa merahmati kamu. semoga Allah sentiasa merahmati kamu...
keputusan peperiksaan juga agak tidak memberansangkan. semoga Allah memberi kekuatan pada masa akan datang.


'y o u a n d m e t o g e t h e r 
f o r e v e r a n d e v e r . m a y G o d b l e s s . 
l o v e y o u s o m u c h f r i e n d s t i l l t h e e n d '

perjalanan yang jauh.

perjalanan terasa masih jauh lagi. banyak perkara lagi yang lebih penting yang harus diuruskan dengan baik dan seimbang. urusan pada Allah, ibu-bapa,saudara, kawan-kawan. saya ini hanya manusia biasa. sangat punya banyak kelemahan. sangat perlu bimbingan, nasihat dan ingatan. asyik selalu melakukan kesilapan.tidak kira lah kesilapan yang sama dan tidak sama. saya tahu saya mungkin ada. tapi saya tidak sedar. dan saya sangat harapkan untuk menerima teguran yang berhemah. saya sangat perlu itu.

tidak dinafikan, manusia itu akan berubah. banyak faktor yang mempengaruhi. keadaan sekeliling, masa, kawan-kawan. saya juga berubah. dan semua orang juga pasti mahukan perubahan yang baik dan bukan sebaliknya. saya juga tidak terkecuali. saya selalu berusaha. tapi itulah, usaha saya mungkin tidak setara manapun. usaha keseorangan..manalah saya kuat sangat. hanya bergantung pada Dia. sekarang adalah musim cuti dan jauh dari kawan-kawan di UiTM. saya rindukan usrah. duduk didalam usrah dan saling berpesan dengan kebenaran dan kesabaran sangat menenangkan. perasaan yang tidak tenang dan gelisah akan mudah untuk berasa tenang sekejap sahaja. sungguh saya tak tipu. itulah hebatnya hati-hati yang bertaut kerana Allah.. =')
'..Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh..' [as-saf,61:4]
perjalanan masih jauh. saya pernah memasang niat untuk menyambung pelajaran di luar negara. dan sehingga sekarang niat itu masih ada diletak erat didalam hati. saya mahu simpan azam itu. pergi jauh, untuk mendapat pengalaman. agar lebih dewasa supaya dapat berdikari dan berfikir dengan lebih realistik serta tenang dalam mengurus rasa. dan yang paling menarik sekali, dapat melihat lebih banyak keindahan ciptaanNya.


jika saya niat untuk berusaha.
maka saya benar-benar ingin berusaha.
ini cara saya. saya tidak pasti tentang cara lain.
semoga Allah beri petunjuk dan kekuatan.
dan baiklah,mulai saat ini, saya akan abaikan segala rasa yang pernah..

manusia dan niat

Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - '..Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya...'

saya bukan mahu kebaikan saya yang dipandang.
tapi apa yang kamu lihat pada saya yang membuatkan kamu terima saya.
sejak mula lagi. seikhlasnya. seadanya.
tidak sama sekali saya inginkan balasan.
jika rasa terpaksa atau perlu buat itu dan ini kerana kebaikan yang saya pernah buat untuk kamu,
maaflah. saya tidak terima itu.
buatlah kerana memang niat kamu dan ikhlas.
saya lebih memilih itu.
dan saya lebih gembira.

setiap amal bergantung kepada niat.
semoga hati ini ikhlas dalam redha.
dan redha dalam ikhlas.


Perkara-Perkara

Perkara satu,
'..Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri, padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?..' [al-Baqarah,2:44]
'..Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk..'  [al-Baqarah,2:43]

Jagalah Hak Allah. Solat itu Hak Allah.
kenapa kamu tidak mahu jaga solat.
saya sedih. seperti saya tak mampu buat apa-apa.
sudah banyak kali mengingatkan pun..masih tidak sedar.
saya tahu saya sendiri tidak sempurna.
Jadilah orang yang bersyukur.
kamu punya ilmu. tidak sedarkah ilmu itu milik Allah?
jadi,tidak perlulah terlampau yakin.
kenapa tak mahu jaga hak Allah.
setakat ini,saya hanya mampu meluahkan rasa sedih.
sangat sedih.


Perkara dua,
'..Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan..'         [al-Baqarah,2:195]
sudah tahu rokok itu bahaya dan memudaratkan.
kenapa masih mahu buat?
sudahlah tidak ada usaha untuk berhenti.
hanya buat saya geram.
saya tidak suka perokok.
Jadi sila jangan merokok depan saya.
dan jangan biarkan saya tahu kamu merokok berdekatan dengan saya.
saya sangat bencikan asap rokok.
hanya buat saya geram.
sangat geram seperti mahu menangis.
dan semestinya.
saya tidak berkongsi makanan dengan seorang perokok.
maaf.
harap maklum.
saya sangat marah tentang ini.


Perkara tiga,
Fragile.
saya sendiri tidak suka pada perkataan rapuh itu.
hati saya sangat rapuh.
sekejap saya mampu jaga.sekejap saya tidak.
kalau rapuh hanya kerana sebab yang sama
dan tidak munasabah,
manalah saya mampu lagi.
tapi tidak mengapa.
akan ada masa rasa itu akan pergi.
sekarang jiwa masih keanak-anakkan lagi.
tidak mampu mengurus rasa dengan lebih laik lagi.
Doa sahaja.
Redha, Bersyukur, dan Berjalanlah,
dengan penuh pengharapan kepada Allah.


Doa

'..Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang
sanggup Bersusah atas nama kesetiaan,
mendahulukan Pertolongan atas nama Kebajikan,
menyimpan Keaibanmu atas nama Kejujuran,
Mempercayaimu atas nama Keikhlasan,
menegur Kelemahanmu atas nama Kebaikan,
memendam rasa Terkilan demi menjaga Perasaan,
dia bukanlah seorang Kawan
tetapi seorang Saudara dan Teman Sejati.
dan sekiranya ketemu kelak..
jadikanlah dia sebagai Temanmu..
ana uhibbuki ya ukht.ukhwah fillah abadan abada...'

To: ..fav amigos..
Sent: 05:50:08pm
29 07 2009

Doa.ini adalah sebuah doa,pesan dan harapan.
dipesankan ketika dengan niat yang baik dan senang hati ketika itu.
saya sendiri pernah berdoa dan saya sendiri yang lupa tentang doa ini. =')
dan sekarang doa ini sudah makbul.
dan dia gembira.
saya sepatutnya bersyukur.
kerana itulah yang saya inginkan ketika menghantar mesej ini. =)
semoga Allah sentiasa merahmati kamu.
sila jaga diri baik-baik yup. =')

rindu.itu.sentiasa. 

beautiful

the whiffle of winds prefer to blow softly,
the trees are like moving by waving of hands, 
the sun is shine,
the water are cold,
Such beautiful and perfect arrangement made by Him..! 




'..For those of you ask for signs have We not shown you enough already? look around you. Look at the stars look at the sun and look at the water. these are the signs of the people of knowledge..'


'..And We send the winds fertilizing (to fill heavily the clouds with water), then caused the water (rain) to descend from the sky, and We gave it to you to drink..'  
[al-Hijr,15:22]




ada beberapa perkara cuma.
perkara 1-aurat wanita itu seperti permata yg sangat dijaga.=')
perkara 2-tidak sengaja,tidak mengapa. tp jangan dbiasakan. =)

puisi hati II

Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku, syurgaku
Tanpa dia
Malam menemani aku
Sepi memelukku
Bulan jangan biar siang
Biar alam ini kelam
Biar ia sepi
Sepertiku.

saya agak dia penat tapi tidak pernah bosan.
dia sangat sayangkan kawan-kawan dia.
saya sayang awak sangat.
semoga Allah redha. =)

life

Life is not something that you want to achieve, but it is a route for you to achieve. To achieve blesses from Allah The Almighty.

=)

"..Wahai Tuhan Yang membolak-balikkan hati-hati
tetapkanlah hati kami dalam agamaMu.
Wahai Yang Memalingkan hati-hati,
palingkanlah hati kami kearah untuk mentataatiMu.."


saya mahu biasakan diri seperti dahulu. seperti waktu itu. hati saya pada waktu itu lebih tenang. lebih bersifat terbuka dan senang hati. lebih ikhlas dalam apa-apa perkara. tidak memanjakan diri. salah saya kerana membiasakan diri. dan sekarang saya tak kata saya mampu, tapi saya akan berusaha.

=')  

ayat Allah penenang h a t i

saya tak biasa dengan keadaan macam ni? saya mahu seperti waktu itu. bagaimana?
'..boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan Allah jualah Yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya..'       [al-Baqarah,2:216]


saya tak pernah marah tanpa sebab yang munasabah melainkan hanya berasa sedih dan terkilan.itu sahaja. sedih. 
'..Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tertinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman..'       [al-Imran,3:139] 


saya tahu saya kena kuat. =') ini langsung sedikit pun tidak membebankan sepatutnya kepada saya. lihat dengan mata dan hati ramai lagi saudara-saudara diluar sana yang lebih besar ujian mereka.
'..Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala [dari kebaikan] yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya..' [al-Baqarah,2:286]


hanya perlu bersabar.. =') kerana setiap kesedihan atau rasa terkilan,pasti akan berlalu. sabar dan ikhlaskan hati..wahai hati. =')
'..Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, (5) sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan..' (6)     [al-Insyirah,94:5-6]


bila saya kata tak suka, dan awak masih buat.
saya tidak marah.saya cuma sedih dan terkilan.
saya tahu saya tiada hak untuk berlebih-lebih.
sudah. saya terkilan untuk beberapa hal sekarang.
saya mahu biasakan diri seperti dahulu. 
. . . . .

miss them

saya rindu mereka.
saya rindukan waktu itu.
dengan mereka saya lebih terjaga.
dengan mereka hati saya mudah tersenyum dengan ikhlas.
dengan mereka kesedihan saya mudah pergi.
dengan mereka hati saya sedikit tenang.
dengan mereka saya berasa dekat denganNya.

sekarang saya jauh dengan mereka.
saya rindu.

..sebab saya tak kuat jika keseorangan.. ='(


sedihnya.sy rindu.

kenapa?

'kenapa itu...begitu dan begini?'
'kerana Allah..'

'kenapa ini...begitu dan begini?'
'kerana Allah..'

'kenapa pula...begitu dan begini?'
'kerana Allah..'

'kenapa perlu...begitu dan begini?'
'kerana Allah..'

'kenapa dia...begitu dan begini?'
'kerana Allah..'

kenapa? kerana Allah..=)
kerana Allah telah mentakdirkan itu dan ini, siapa dan mengapa.
kerana takdir Allah..

maka redha, bersyukur, berjalanlah..
..dengan penuh pengharapan kepada Allah..=')


hati..silalah bersyukur..=') 

woman's heart

‎'..A women's heart should be so lost in Allah that a man needs to seek Him in order to find her..'




i love her =')

melengkapi

betul seperti yang ramai-ramai orang katakan. Berkawan biar seribu. sebenarnya memang itulah yang sebaiknya kerana berkawan ini saling melengkapi. tiada siapa diantara kita ini yang sempurna sifat dan akhlaknya. masing-masing pasti ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. 'Uhibbuki Fillah'. memang benar maksudnya aku mencintaimu kerana Allah. tapi apakah kita benar-benar menghayati dan mempraktikan dengan ilmu yang kita tahu? bukan untuk saya mempersoalkan kepada orang lain diluar sana, tetapi pada diri saya juga sendiri. walaupun saya tahu, tapi kadangkala gagal juga untuk bertindak berdasarkan ilmu. bagi saya payah dan sukar kerana ianya tanpa sedar. mungkin kerana saya pernah merasainya. dan kerana itulah berkawan biar ramai kerana ianya akan saling melengkapi. dan yang paling penting situasi itulah yang akan mewujudkan ukhwah yang manis dan diredhai. usah kecilkan skop kepada teman baik itu hanya seorang. jangan. kerana kita ini masing-masing tak sempurna, terlampau banyak kekurangan.
'..muslim itu bahagia apabila melihat saudaranya bahagia, itulah ukhwah..' =)


saya memang sayang sangat bestie(s) saya.
mereka saling melengkapkan hidup saya!.<3

Jiwa dan Hati

Wahai Jiwa,
bahagia itu datang dari Allah,
bukan pemberian dari manusia.
Wahai Hati,
Cinta itu kurniaan dari Allah,
bukan asal dari manusia.
jadi bagaimana Bahagia itu dapat dicari
sedangkan Jiwa jauh dari Illahi?
bagaimana dapat mengecapi cinta fitrah insani,
sedangkan cinta Allah masih belum bertapak dihati?


cintailah Illahi
itu cinta hakiki,
cinta kekal abadi.

niat vs ikhlas

bismiillahirrahmanirrahim,

baiklah, bila bercakap tentang niat dan ikhlas mana satu yang sepatutnya dahulu? niat dahulu atau perlu ikhlas dahulu? sebenarnya tidak perlu mahu pening-pening kerana ikhlas itu adalah niat. dan niat kita adalah perlu ikhlas. Ikhlas kerana Allah. ye.Ikhlas untuk mendapat redha Allah. kadang-kadang hampir-hampir sahaja terlupa tentang ini. tidak sedar. sebab itulah kadang-kadang ada saja sesuatu yang tidak kena bila kita lakukan sesuatu. tanpa sedar juga kadang-kadang kita mengharapkan balasan terhadap sesuatu perkara yang telah kita lakukan. jadi kesimpulannya, ikhlas itu adalah niat dan niat yang ikhlas itu perlu. kedua-duanya saling berkaitan. semoga sentiasa beringat.=) pesanan buat hati saya juga. semoga Allah redha.


saya selalu leka. =')
semoga mendapat kekuatan..