Páginas

Perkara-Perkara

Perkara satu,
'..Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri, padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?..' [al-Baqarah,2:44]
'..Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk..'  [al-Baqarah,2:43]

Jagalah Hak Allah. Solat itu Hak Allah.
kenapa kamu tidak mahu jaga solat.
saya sedih. seperti saya tak mampu buat apa-apa.
sudah banyak kali mengingatkan pun..masih tidak sedar.
saya tahu saya sendiri tidak sempurna.
Jadilah orang yang bersyukur.
kamu punya ilmu. tidak sedarkah ilmu itu milik Allah?
jadi,tidak perlulah terlampau yakin.
kenapa tak mahu jaga hak Allah.
setakat ini,saya hanya mampu meluahkan rasa sedih.
sangat sedih.


Perkara dua,
'..Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan..'         [al-Baqarah,2:195]
sudah tahu rokok itu bahaya dan memudaratkan.
kenapa masih mahu buat?
sudahlah tidak ada usaha untuk berhenti.
hanya buat saya geram.
saya tidak suka perokok.
Jadi sila jangan merokok depan saya.
dan jangan biarkan saya tahu kamu merokok berdekatan dengan saya.
saya sangat bencikan asap rokok.
hanya buat saya geram.
sangat geram seperti mahu menangis.
dan semestinya.
saya tidak berkongsi makanan dengan seorang perokok.
maaf.
harap maklum.
saya sangat marah tentang ini.


Perkara tiga,
Fragile.
saya sendiri tidak suka pada perkataan rapuh itu.
hati saya sangat rapuh.
sekejap saya mampu jaga.sekejap saya tidak.
kalau rapuh hanya kerana sebab yang sama
dan tidak munasabah,
manalah saya mampu lagi.
tapi tidak mengapa.
akan ada masa rasa itu akan pergi.
sekarang jiwa masih keanak-anakkan lagi.
tidak mampu mengurus rasa dengan lebih laik lagi.
Doa sahaja.
Redha, Bersyukur, dan Berjalanlah,
dengan penuh pengharapan kepada Allah.


0 messages: