Páginas

muhasabah diri: manisnya Iman

bila mendengar perkataan manisnya iman adakah kita akan membayangkan ianya seperti gula-gula yang manis itu? mungkin ia bayangannya manis seperti itu. tapi agak-agak dapatkah kita membayangkan bagaimana rasanya kemanisan iman itu. kerana sekarang saya sedang bercakap tentang iman dan bukan gula-gula. saya tahu sukarnya untuk merasakan kemanisan iman. hanya hati yang benar-benar berharap,yakin dan berusaha akan merasa manisnya iman itu.

jadi bagaimana tandanya bila kita merasa kemanisan iman itu. ada tiga tanda.
pertama, melebihkan Allah dan RasulNya lebih dari seisi dunia.
kedua, menyayangi saudaranya kerana Allah
ketiga,benci terhadap kemungkaran seperti bencinya dicampak ke neraka.

Melebihkan Allah dan RasulNya lebih dari seisi dunia. bermakna lebih dari keluarga, rakan-rakan dan saudara mara. disinilah situasi dimana utamakan hak Allah terlebih dahulu. dan luangkan masa untuk berselawat ke atas Nabi saw. peringatan buat saya juga. peringatan buat semua bersama. kerana saya juga sangat sering terleka. didalam ingin melakukan sesuatu tugas, utamakan hak Allah terlebih dahulu. jaga solat. diawal permulaan sesuatu beselawat ke atas Nabi saw terlebih dahulu.

Dan kemudian menyayangi saudaranya kerana Allah. mencintai saudaranya kerana Allah. hanya ingat satu perkara. Cinta bermaksud hendak bersamanya kesyurga. Cinta itu, bermakna hendak bersamanya disyurga. maka. seperti yang pernah saya tuliskan sebelum ini, jika kita melakukan sesuatu yang mengeluarkan kita dari jalan kesyurga, tandanya telah hilang cinta kita kepada orang yang kita kata, 'saya cintakan awak' tadi. nampak mudah tetapi sukar. dan walaupun sukar tapi tak mustahil. ya. sukar tapi tak mustahil.=)
ikhlaskan hati.

Seterusnya benci terhadap kemungkaran. inilah situasi dimana konsep amal makruf nahi mungkar dipraktikkan. dan didalam konsepini  ada tiga peringkat, dimana melalui perbuatan, percakapan dan hati. dan selemah-lemah iman itu adalah membenci dengan hati. kata Syeikh Ibn Ata'illah, [terlupa dari mana sumbernya] sebahagian daripada tanda matinya hati itu apabila kita tak rasa sedih pun kalau kita tertinggal sesuatu amalan kebaikan dan tak menyesal kalau kita terbuat atau membuat dosa. jadi.mari sama-sama muhasabah diri.

kebenaran dan kesabaran demi sebuah peringatan.
semoga Allah redha.

semoga saya kuat untuk 
hari-hari yang akan datang. =')

2 messages:

Niena Muhammad

Alhamdulillah, syukran ya ukhti krn share :)
sekurang2nya dpt refresh blk :)

nuradisya

=)