bismillahirrahmanirrahim.
mahu memberi pendapat tentang sikap dan perangai manusia yang bermacam ragam ini. memang ya.tidak dinafikan sikap dan tingkah laku setiap orang itu adalah berbeza. kadangkala, kita memandangnya dari sudut yang lain dan orang tersebut pula memandangnya dari sudut yang lain. fikiran manusia.kita tidak tahu dan tidak berupaya untuk mentafsir. mungkin mereka ada alasan munasabah yang tersendiri apabila bertindak demikian. saya tahu saya tidak punya hak untuk mempertikaikan sikap seseorang itu begitu dan begini. tapi, sekurang-kurangnya bertindaklah sedikit rational.
bertindaklah dengan hati yang tenang. dan tak mahu lah hanya pentingkan perasaan sendiri jika ianya melibatkan ramai orang. kamu juga harus menjaga perasaan orang disekeliling. terutamanya kawan-kawan dan sahabat. kalau benar kamu rindu dan sayang mereka. kamu tidak akan berbuat keputusan yang mungkin akan mengecilkan hati mereka. walaupun kamu pernah berkecil hati dengan mereka.
saya tahu, setiap orang melakukan kesilapan. saya juga tidak sempurna dan banyak melakukan kesilapan. tidak ada antara kita ini yang sempurna. salah faham dan kesilapan yang berlaku antara sahabat itu perkara biasa bukan. jadi, berusahalah untuk sentiasa menjaga ikatan itu. janganlah apabila hubungan itu sudah keruh maka ditambahkan lagi keruhnya. fikirkan diri kamu dan orang lain juga. sama-sama. kamu sendiri perlu berusaha. usah harapkan semua teman-teman kamu sahaja yang perlu jaga perasaan untuk kamu seorang. jangan begitu. mereka ramai dan kamu seorang.
manakah hati-hati yang lebih banyak perlu dijaga? hati kamukah atau hati-hati mereka?
kalau benar kamu rindu dan sayang pada kawan-kawan kamu,
kamu tidak akan berbuat keputusan sebegitu.
saya cuma agak sedikit kecewa dalam situasi ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 messages:
Post a Comment