betul seperti yang ramai-ramai orang katakan. Berkawan biar seribu. sebenarnya memang itulah yang sebaiknya kerana berkawan ini saling melengkapi. tiada siapa diantara kita ini yang sempurna sifat dan akhlaknya. masing-masing pasti ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. 'Uhibbuki Fillah'. memang benar maksudnya aku mencintaimu kerana Allah. tapi apakah kita benar-benar menghayati dan mempraktikan dengan ilmu yang kita tahu? bukan untuk saya mempersoalkan kepada orang lain diluar sana, tetapi pada diri saya juga sendiri. walaupun saya tahu, tapi kadangkala gagal juga untuk bertindak berdasarkan ilmu. bagi saya payah dan sukar kerana ianya tanpa sedar. mungkin kerana saya pernah merasainya. dan kerana itulah berkawan biar ramai kerana ianya akan saling melengkapi. dan yang paling penting situasi itulah yang akan mewujudkan ukhwah yang manis dan diredhai. usah kecilkan skop kepada teman baik itu hanya seorang. jangan. kerana kita ini masing-masing tak sempurna, terlampau banyak kekurangan.
'..muslim itu bahagia apabila melihat saudaranya bahagia, itulah ukhwah..' =)
saya memang sayang sangat bestie(s) saya.
mereka saling melengkapkan hidup saya!.<3
0 messages:
Post a Comment