Serasanya saya bukanlah seorang yang pandai berpura-pura tentang apa yang saya rasa. meskipun kadangkala ianya harus untuk menjaga perasaan orang disekeliling, saya juga tidak mampu. ini kelemahan saya. saya sangat lemah tentang mengurus rasa. dan saya tak pandai untuk menyimpan rasa seorang diri. saya selalu rasa seperti mahu meluahkan. ini memang kelemahan saya. tapi saya tidak pernah menipu tentang rasa saya.
rasa yang saya sampaikan disini semuanya melalui kondisi hati saya ketika saya menulis disini. jika kelihatan seperti bersemangat maka hati saya pada ketika itu juga bersemangat, dan jika kelihatan seperti tidak bersemangat, ada waktu-waktu yang saya tidak mampu langsung untuk menjaga hati kerana lemah dan tidak kuat. apa yang pasti, penulisan ini bagi saya adalah usaha. penulisan adalah penyampaian rasa yang lebih menenangkan dan menyenangkan bagi saya. kerana hati yang berkata-kata.
ini kelemahan saya.
sudah berusaha tapi masih tidak mampu.
harap kamu tidak penat dan terima saya seadanya.
0 messages:
Post a Comment