Páginas

amalan tertolak kerana mazmumah

Allah menciptakan tujuh malaikat sebelum diciptakan langit dan bumi. Kemudian, ditentukan mereka untuk menjaga setiap pintu-pintu langit. pada setiap pintu-pintu ini pula, malaikat pembawa amalan manusia akan ditahan oleh mereka untuk memastikan amalan tersebut diterima ke pintu langit seterusnya ataupun sebaliknya.

pintu langit pertama.
malaikat membawa amalan seorang hamba yang mempunyai nur seperti cahaya matahari.
berkata malaikat penjaga pintu langit: "pukullah amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya. akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat). Allah menyuruhku supaya tidak membenarkan amalan orang yang mengumpat itu dapat naik ke langit seterusnya."

pintu langit kedua.
setelah berjaya melepasi pintu langit pertama, malaikat itu sampai kepintu langit kedua dengan membawa amalan yang dilihat baik dan banyak. kata malaikat penjaga langit: "berhenti kamu dan pukul amalan ini ke muka orang yang mengerjakannya kerana dia berharap agar dengan amalannya dia mendapat keuntungan dunia."

pintu langit ketiga.
malaikat membawa amalan pahala sedekah solat dan puasa. para malaikat kagum melihat amalan tersebut lalu dibawa melintasi langit pertama dan kedual. tetapi ditahan dilangit ketiga. malaikat berkata: "Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takabbur dapat melintasiku. orang itu suka membesarkan diri di majlis orang ramai."

pintu langit keempat.
amalan berupa tasbih solat puasa haji dan umrah dibawa malaikat hingga melepasi pintu langit keempat. berkata malaikat penjaga langit: "Allah memerintahkan supaya amalan orang yang ujub supaya tidak melintasiku. dia beramal dengan perasaan ujub dalam dirinya."

pintu langit kelima.
amalan yang dibawa berseri seri, lalu berkata malaikat penjaga langit: "berhenti dan buangkan amalan ini pada orang yang mengerjakannya. mereka sebenarnya hasad kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya."

pintu langit keenam.
malaikat membawa amalan solat zakat umrah jihad dan puasa yang bercahaya seperti bulan purnama. lalu berkata malaikat penjaga langit: "pukullah amalan ini kepada orang yang mengerjakannya kerana dia tiada belas kasihan kepada hamba-hambanya yang menghadapi kesusahan"

pintu langit ketujuh.
berkata malaikat sum'ah (ingin mahsyur): "aku akan menghalang amalan orang yang riyak daripada sampai kepada Tuhanku. dia beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tetapi supaya amalannya disebut sebut."

ketika bertemu Allah,
kemudian naik malaikat membawa amalan seorang hamba yang berupa solat, zakat, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam diri, dan berzikir. amalan ini dibawa oleh malaikat penjaga langit sehingga dapat melintasi semua lapisan langit an sampai kepada Allah. ketika itu, Allah berfirman yang bermaksud: "kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKu ini. Aku lebih mengetahui segala isi hatinya. dia tidak ikhlas kepadaKu dengan amalannya. dia boleh menipu orang lain, menipu kamu tetapi tidak boleh menipu Aku."

solusi-32-


amalan saya dimana?
entah langit pertama belum tentu layak
hati. diri. akal.
selalunya leka...='|
saya selalu ingin berusaha
tapi tak mampu lagi  ='|

0 messages: