'..itu dan ini sudah ditakdirkan, jadi tak ada apa lagi yang boleh kita lakukan..'sebenarnya tidak juga. kerana bukan semua begitu. maksud saya sebagai contoh, iya, kita pasti akan mati. tapi mati dalam keadaan yang bagaimana? mati dalam keadaan kita ini sebagai hambaNya atau sebaliknya? nauzubillah. bukankah pilihannya terletak pada tangan kita. jadi jangan pernah berhenti berusaha, jangan pernah bosan memohon keampunan serta maaf dari Dia. apatah lagi salah dengan manusia. saya mintak maaf..
'..itu semua dah lepas mana boleh buat apa-apa lagi dah.dah terlambat..'
'One put an effort because he does not know.'jadi kenapa kita perlu berusaha untuk itu dan ini sedangkan kita tahu segalanya telah ditakdirkan? kerana kita tidak mengetahui. kerana kita tidak mengetahui apa yang telah ditakdirkan Allah buat kita. Di neraka? diSyurga? bahagia? merana? kaya? miskin? kita ini mati dalam iman atau kufur? satu pun kita tak tahu bukan. jadi kerana itu kita harus berusaha. berusaha memang sukar. perlukan mujahadah yang sangat kuat. sangat kuat. berusaha memberikan yang terbaik dalam kehidupan kita. peringatan buat diri saya juga. yang sangat selalu leka dan lemah.
'..kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja..' [al-israk,17:85]diri kita tersangatlah kurangnya ilmu. sangat-sangat. jadi boleh juga saya simpulkan disini kita harus berusaha untuk perkara-perkara yang ada didepan mata sekarang. berusaha untuk mengisi kehidupan kita yang sekarang dengan baik.
tak usah memikirkan perkara yang lalu kerana itu hanya boleh dijadikan pengajaran untuk masa ini dan tak usah terlampau memikirkan masa hadapan kerana kita tidak tahu apa yang Dia tetapkan buat kita. yang kita perlu tahu ialah sekarang ini.
berusaha sekarang untuk masa hadapan dengan mengambil iktibar dari masa lalu.
*peringatan kemas buat saya
yang sangat-sangat lemah dan
terlampau banyak buat silap ini.
0 messages:
Post a Comment