mempunyai sahabat-sahabat yang baik,
sangat menyeronokkan.
ada ketika kita susah dan senang.
ketika kita bersedih
ketika kita gembira.
ketika kita punya sesuatu yang ingin dikongsi.
ketika berasa susah untuk faham itu dan ini.
mereka ada disisi kita.
ada disisi untuk berkongsi segala.
dan pasti tidak ada diantara kita
yang benar-benar sempurna bukan?
sebab itulah orang selalu kata.
berkawan biar ramai.
iye. memang betul.
sebab teman-teman dan sahabat-sahabat itu
memang saling melengkapi antara satu sama lain.
saya sangat bersyukur kerana
semua kawan-kawan saya sangat baik.
dari kecil sehingga la besar.
tidak pernah saya mengalami
masalah dalam berkawan.
maksud saya seperti dikhianati,
ditipu atau sebagainya.
jika ada salah faham itu
barangkali biasa, ujian kan. =)
saya sangat bersyukur.
mungkin kerana saya ni jenis
orang yang agak lemah dan sedikit sensitif.
jadi Allah kurniakan saya dengan
sahabat-sahabat dan
teman yang baik-baik semua.
tidak mementingkan diri
dan selalu menggembirakan
dan menolong saya waktu susah.
dari sekolah rendah,
sekolah menengah,
masuk ke mrsm,
masuk ke uitm sehinggala sekarang. =)
ouh. yang paling memberi kesan.
iye.sangat rindu di mrsm.
segalanya buat bersama.
makan.tido.main.mandi.study.buat hal.
semua sama-sama.
mana tak rindunya?
sesiapa yang ada pengalaman tinggal
diasrama bersama cubemates
atau roommates pasti tahu.
saya memang suka imbas balik
kenangan-kenangan dulu bersama
kawan-kawan saya.
sebab itulah kenangan ni mematangkan saya.
hm, jadi kita pada hari ini adalah
bagaimana diri kita di masa lalu.
benar?
manusia boleh berubah-ubah.
sepanjang meningkat dewasa [takla dewasa sangat]
banyak pengalaman yang saya dapat.
terutamanya dari orang lain
punya pengalaman.
iyup. ada jugak yang saya jumpa
macam-macam jenis karenah kawan ini.
contohnya melihatkan kawan
saya yang seorang itu,
hm.barangkali dia pasti seorang
yang sangat kuat kerana bertahan
dengan karenah temannya lagi
seorang yang pelik-pelik itu.
haila. kadang-kadang saya yang
penat melihat mereka. ujian-ujian. =)
jadi sila kuat untuk menghadapi ujianNya.
semestinya peringatan untuk saya sekali.
*semoga Allah sentiasa merahmati
kamu-kamu semua. LOtsOf lOVE. <3 =)
0 messages:
Post a Comment