Páginas

h a t i vs a k a l

saya mahu kuat, bersemangat dan positive selalu. 
tapi tak tahu bagaimana caranya. 
saya tau. saya kena kuat. 
pohonla kekuatan dari Dia. 
sesungguhnya hanya Dia yang memiliki segala. 
hanya Dia yang mampu menghilangkan & 
meredakan segala perasaan sedih atau 
tidak selesa yang hadir dihati. kan? 
ada suatu perkara yamg saya mahu fokuskan disini. 
iaitu akal vs hati. 
saya seringkali terkeliru dengan 
kehendak akal dan tindakan mngikut kata hati. 
kalau kita fikir-fikirkan semula, 
yang manakah yang lebih berkuasa antara akal dan hati? 
tentulah hati bukan. 

dan saya seringkali bertindak mengikut 
kata hati meskipun akal saya telah menetapkan 
apa yang patut & perlu saya buat. 
sebagai contoh, kerap kali saya mengingatkan 
diri saya sendiri agar selalu berfikiran positive, 
tersenyumlah, gembira dan menggembirakanlah 
orang-orang lain disekeliling & bukannya 
menyusahkan mereka. 
tapi, hati saya kadangkala gagal untuk 
menerima signal dari akal itu, 
kalaupun terima, 
tetapi tidak berjaya bertindak mengikut 
apa yang akal saya mahukan. 

natijahnya, saya seringkali bertindak 
mengikut kata hati dan perasaan saya ketika itu, 
lantas meyebabkan orang-orang disekeliling 
saya termasuk orang-orang yang saya 
sayangi berasa sakit, tersinggung, sedih dan terbeban. 
secara automatiknya, saya juga berasa 
sangat sedih dengan keadaan yang macam tu.

Jadi, menjaga hati itu sangatlah penting 
dan saya berusaha menjaganya. 
tapi sampai saat ini, masih belum mampu 
saya untuk menjaga hati dari berfikir perkara 
yang baik-baik sahaja dan jangan berfikiran negative. 
masih belum mampu sepenuhnya. 
tapi, saya mesti terus berusaha.
Doa. itu kan kekuatan. 


selama ini saya sentiasa berusaha.
bukannya saya tidak pernah berusaha.
tapi, apalah kekuatan saya.
kerana hati itu telah mendominasi akal. ='[

0 messages: