kenangan yang manis kadangkala
pahit untuk dikenang. benarkah?
tetapi kenangan masa lalu lah yang
membuat kita berada diposisi
dimana kita berada pada hari ini.
seperti yang ramai-ramai orang selalu katakan,
kenangan lalu itu mendewasakan kita.
sungguh, bagi saya benar.
kenangan lalu banyak mengajar saya.
mendewasakan saya.
walaupun mungkin tidak dari segi perangai.
[yang separa childish lagi.]*_*
tetapi mungkin dari segi pemikiran.
kehidupan kita didunia ini bermatlamat.
bukanlah kita wujud didunia
ini secara suka-suka.
ingat beberapa perkara,
dari mana kita datang.
untuk apa kita diciptakan.
dan kemana hala tuju kita selepas ini.
bila menjawab memang mudah.[didalam fikiran sudah ada jawapannya.]
kita datang dari Allah.
diciptakan untuk beribadah kepada Allah.
dan kita akan kembali kepada Allah.
baik. akal kita sudah terima jawapannya.
tetapi apakah hati kita sudah
menerima signal dari akal?
kita tahu dan sedar dari mana kita datang.
[kadangkala mungkin tidak sedar]
[kadangkala mungkin tidak sedar]
dan kemana kita akan dikembalikan.
bagaimana pula dengan tugas kita sebagai hamba?
sudahkah kita menjalankan tugas kita?
ingat. tahu dan sedar adalah
dua perkara yang berbeza.
jika sekadar tahu,
maka berkemungkinan tidak ada usaha
yang bertepatan yang kita lakukan untuk
mencapai perkara yang kita tahu itu.
jika sedar. bermaksud kita sedar. bahawa
perlu lakukan sesuatu untuk bertepatan
dengan matlamat itu.
matlamat kita?
mardhatillah. ya, redha Allah.
ingat. tahu dan sedar adalah
dua perkara yang berbeza.
jika sekadar tahu,
maka berkemungkinan tidak ada usaha
yang bertepatan yang kita lakukan untuk
mencapai perkara yang kita tahu itu.
jika sedar. bermaksud kita sedar. bahawa
perlu lakukan sesuatu untuk bertepatan
dengan matlamat itu.
matlamat kita?
mardhatillah. ya, redha Allah.
saya seringkali merindui mengimbau
kenangan-kenangan dahulu.
seperti ingin kembali kemasa dahulu.
terutamanya bersama sahabat-sahabat.
teman-teman. dan kawan-kawan saya.
pentingnya kita untuk mendapat
keredhaan Allah dalam setiap
perkara yang kita lakukan bukan.
dalam konteks ini saya fokuskan
mencari keredhaan Allah dalam kita bersahabat.
pernah dulu suatu ketika [sekarang pun] saya sering
benar mendambakan redha Allah
dalam hubungan persahabatan
antara saya dan sahabat saya.
sahabat yang saya sangat sayang.
sering saya mengingat kan dia
tentang redha Allah,
niat yang baik dan
segala pesanan-pesanan yang baik
selalu saya pesankan padanya.
saya memang happy kerana merasakan
hubungan persahabatan yang
diredhai Allah sangat manis.
haruslah berpesan-pesan dengan kebenaran
dan berpesan-pesan dengan kesabaran bukan. =)
dan tak mungkin lah selamanya
saya bahagia dan gembira dgn keadaan itu.
kerana setiap makhluk Allah yang
mengaku beriman pasti diuji bukan.
ujian Allah memang mendewasakan saya.
firman Allah didalam
surah al-ankabut ayat 2-3,
apakah kamu dibiarkan mengaku
beriman sedangkan kamu tidak diuji?
sangat bertepatan dengan
keadaan saya ketika itu. =)
saya sangat merasakan persahabatan
saya ketika itu diredhai. [senyum]
apalah sangat dengan ujian yang kecil setelah itu.
saya je yang agak lemah ketika itu.
gagal mengawal hati sehingga
hati telah mendominasi akal.
tetapi alhamdulillah untuk sekarang.
saya mau belajar untuk sentiasa bersyukur.
dan berusaha untuk melakukan
segala yang saya lakukan dengan
semampu yang boleh.
sebaik yang boleh dimasa hadapan.
hanya ingat satu.
jagalah Allah. Allah akan jaga kita.
jagalah hubungan dengan Allah.
maka hubungan sesama manusia juga akan terjaga.
rindu..
0 messages:
Post a Comment