saya sangat sedih melihat orang-orang seperti mereka.
langsung tiada sedikit pun kah pergantungan mereka kepada Allah?
sehingga sanggup menggelarkan diri sebagai iblis?
sehingga berani dan bangganya mereka menggelarkan
diri mereka sendiri sebagai penghuni neraka?
ini bukan perkara yang boleh dibuat gurauan.
Astaghfirullah. dimana Allah dalam hidup mereka?
mereka fikir mereka siapa sehingga hari ini
masih hidup dan bernafas di muka bumi ini?
tidak ada rasa malukah?
dimana rasa ketuhanan mereka,
dimana sifat pergantungan mereka?
saya sangat sedih. ='[
berapa ramai lagikah mereka yang begini diluar sana?
apa usaha yang saya lakukan? =''[
apa sanggup dan berani-berani benarkah
mereka ingin menghuni neraka? ='[
memikirnya pun hati sudah rasa berdebar,
ingin menangis kerana takut.
diri ini syurga pun terasa tidak layak.
tapi tidak tertanggung api neraka.
api yang didunia ini pun kita sudah meraung-raung.
apa ntah lagi disana. =''[
padanlah Allah selalu berfirman
bahawa manusia ini selalu tergolong
dalam orang-orang yang rugi.
dan rugilah orang yang mengabaikan
dan menolak kebenaran walaupun sudah
terbentang jelas dan nyata didepan mata. ='[
bila saya terjumpa dengan kelompok manusia
ini saya berasa sangat sedih, marah, geram
bercampur baur semuanya.
mereka ini sombong.
sedih.
kerana bagi saya mereka ini tergolong dalam
orang-orang yang rugi kerana membatilkan yang hak
walaupun mereka tahu dan sedar tentang kebenaran itu.
sangat rugi.
langsung tidak mengharapkan pergantungan kepada Allah.
langsung tidak berbangga dengan
al-Quran dan ajaran Islam,
malahan menimbulkan ideologi,
dan konsep yang bertentangan dengan Islam
serta memperlekeh-lekehkannya.
kamu fikir kamu siapa sehingga layaknya
hidup dan bernafas dengan sempurnanya
di bumi Allah sampai hari ini?
sampai detik ini?
Allah sikit pun tak rugi. sekecil kuman pun tidak.
malahan kitalah yang tersangat-sangat rugi
jika sedetik pun kita lupa bahawa kita ini
sentiasa dalam jagaan dan pengawasanNya.
Allah itu Maha Pemurah,
Maha Pengasih,
Maha Adil.
*sedihnya. saya tak mau pergi ke blog itu lagi.
bagi saya dia sangat rugi
kerana tidak ada rasa pergantungan kpd Allah
0 messages:
Post a Comment