sesungguhnya setiap amal itu bermula dari niat. benar. sangat setuju. kakak-kakak usrah dahulu pun ada
kadangkala mengingatkan tentang niat. niat yang baik. setiap amal itu bergantung kepada niat. sekiranya amal
yang dilakukan baik tetapi niat sudah salah. maka sia-sia. saya sangat takut tentang ini. sangat takut. kerana
kadangkala kita tidak sedarkan tentang ini. oleh itu, bagaimana mahu pastikan bahawa niat kita itu baik dan
betul? saya pun kurang pasti. tapi, tidak mustahil untuk kita berusaha.kan? sebabnya bukankah niat yang baik
itu lahirnya dari hati yang baik. iyup. hati yang baik. saya tahu hati sangat sukar untuk dijaga. terlalu lah sukar.
saya tahu kerana sehingga saat ini pun masih belum semampunya saya menjaga hati saya sepenuhnya. dan
saya tahu mungkin juga ramai diluar sana yang risau kerana sangat susah untuk menjaga hati. tetapi. saya amat
percaya jika pergantungan kita terhadap Allah itu sangat tinggi, menjaga hati bukanlah lagi menjadi perkara
yang sukar bagi kita. betul. hati akan mudah menjadi lembut. dan senang berfikiran positif. pergantungan
terhadap Allah, bagaimana? mudah. sentiasalah berkomunikasi dengan Dia. bukan dalam solat sahaja. tetapi
setiap masa. setiap masa. sebagai contoh, kalau awak membebel sorang-sorang didalam hatipun janganlah
sorang-sorang, tetapi bercakapla dengan Allah. secara direct melalui hati. cakaplah dengan Allah apa-apa
pun. hati pasti akan sentiasa mudah untuk tenang.
jadi hati sangat penting untuk niat yang baik dan ikhlas.
hati sangat sukar dijaga. tersangat-sangat sukar.
pernah saya merasa kesusahannya.=')
dan semoga hari esok lebih baik =')
0 messages:
Post a Comment