Páginas

berusaha

berusaha. saya sentiasa berusaha untuk menjaga hati.
dan sekarang ini saya rasa seperti mempunyai semangat
baru. semoga Allah redha. saya betul-betul mahu jadi
hamba Dia yang ikhlas baik, tak mahu melakukan
perkara-perkara yang tidak berfaedah lagi. saya mahu
jadi anak yang baik dan kalau boleh tidak mahu menyusahkan
dan tidak mahu menghampakan. saya mahu menjadi
saudara yang baik. saya mahu jadi sahabat dan teman yang
baik dan tidak menyusahkan. semoga Allah memberi
kekuatan.

dan saya sedar saya terlampau banyak kelemahan.
terlampau banyak dosa. terlampau banyak.
saya takut jika keseorangan saya tidak mampu.
saya tahu. pohonla kekuatan dari Dia kan.
baik. Doa. Doakan satu kelahiran semangat =)

sejak terbaca entry di link 'ini' saya rasa
agak bersemangat. betul-betul berharap untuk
jadi seperti didalam cerita itu.
ukhwah persahabatan yang disulami dengan
Cinta, Redha , Pengharapan dan Pergantungan
hanya kepada Allah..sangat manis. sangat. =)

semoga Allah redha.
saya sangat sayang mereka. =)
saya sayang mereka semua yang
menyayangi saya.
semoga Allah redha..
semoga Allah redha..
pergantungan kami hanya kepada Dia..

kawan yang baik itu apabila kamu terpandangkannya
kamu teringat kepada Allah..
apabila kamu bercakap dengannya
ilmu pengetahuanmu tentang agama bertambah..
apabila kamu melihat kelakuannya
kamu teringat akan kehidupan akhirat..
semoga Allah redha..

0 messages: