konvo memang sangat memenatkan.
tapi bila fikir-fikir semula,
dua tahun sepanjang diploma takla penat sangat. =)
sedar tak sedar dah pun tamat.
[sekarang memangla cakap tak penat.
dah settle semuanya.] seronok.
sangat bersyukur.
waktu diploma banyak kenangan.
lagi-lagi waktu 1st semester.
[tidak pernah keseorangan.
sentiada ditemani walaupun dekat dan jauh. =)]
dan sekarang semuanya tinggal kenangan.
kenangan yang sangat manis untuk dikenang.
dulu waktu kecik-kecik selalu
juga saya terfikir kalau dah besar
pasti seronok.
boleh buat itu ini.
boleh pergi sana sini.
bebas dan boleh buat keputusan sendiri.
nak masuk universiti nak kerja.
tak sabar nak jadi orang dewasa.
[tak sedar diri sikit]
dan sekarang semuanya saya dah rasa.
kecuali kerja.
orangkan selalu cakap lagi dewasa kita
lagi susah sebenarnya.
dulu saya tak percaya.
sekarang bulat-bulat saya percaya. [=p]
lagi besar lagi banyak komitmen.
lagi banyak perkara yang kita kena fikir.
lagi besar tanggungjawab.
lagi pening dibuatnya.
jadi. kena pandai.
pandai urus masa.
pandai urus diri.
pandai urus masalah.
semuanya.
20 tahun hidup didunia ini memang
boleh dikatakan agak lama.
tapi, apala sumbangan saya kan?
berbalik kepada 3 perkara yang pernah
saya tuliskan sebelum ini.
dari mana kita datang.
untuk apa kita hidup.
dan kemana kita akan dikembalikan.
[muhasabah diri sekejap]
jadi silala buat yang terbaik untuk degree ni.
semoga Allah mempermudahkan segala urusan
saya dan kawan-kawan saya.
*sekarang sudah sedikit dewasa.
jadi harus bersikap lebih matang ye. =')
agak kurang yakin dengan result
1st semester degree ni. moga-moga lulus. =']
0 messages:
Post a Comment