Páginas

masa hadapan

kita tidak tahu tentang apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. tapi tidak semestinya kita tidak berusaha dan menganggap segalanya sudah ditakdirkan. sekurang-kurangnya perlu ada azam. azam saya mahu bersikap lebih matang dan menuntut ilmu dengan lebih bersemangat lagi. semoga saya dan orang-orang yang saya sayang sentiasa sihat dalam iman. ikhlas dalam beramal. kuat dalam duka. semoga sentiasa dibawah redha Allah.


saya hanya seorang insan yang sangat lemah.
banyak buat salah.
saya tidak mengetahui.
manusia berubah.
maafkan saya.

lupakan itu.

saya mahu buang perasaan rindu tentang waktu dahulu yang tidak munasabah. perasaan saya ini langsung tidak munasabah. saya sangat tidak suka tentang apa yang sering saya rasakan dan ingat ini. saya tidak suka langsung. ianya sangat tidak bagus. saya tahu mungkin ada yang penat dan lelah. saya juga berasa sangat sedih kenapa saya mempunyai rasa ini.
dan juga sangat berterima kasih pada seorang teman yang selalu berpesan dan memberi nasihat tentang apa yang saya rasa. dia tahu.saya mahu pergi berjumpa dengan dia dan menangis pada dia. itu lebih melegakan.
semoga Allah sentiasa merahmati kamu. semoga Allah sentiasa merahmati kamu...
keputusan peperiksaan juga agak tidak memberansangkan. semoga Allah memberi kekuatan pada masa akan datang.


'y o u a n d m e t o g e t h e r 
f o r e v e r a n d e v e r . m a y G o d b l e s s . 
l o v e y o u s o m u c h f r i e n d s t i l l t h e e n d '

perjalanan yang jauh.

perjalanan terasa masih jauh lagi. banyak perkara lagi yang lebih penting yang harus diuruskan dengan baik dan seimbang. urusan pada Allah, ibu-bapa,saudara, kawan-kawan. saya ini hanya manusia biasa. sangat punya banyak kelemahan. sangat perlu bimbingan, nasihat dan ingatan. asyik selalu melakukan kesilapan.tidak kira lah kesilapan yang sama dan tidak sama. saya tahu saya mungkin ada. tapi saya tidak sedar. dan saya sangat harapkan untuk menerima teguran yang berhemah. saya sangat perlu itu.

tidak dinafikan, manusia itu akan berubah. banyak faktor yang mempengaruhi. keadaan sekeliling, masa, kawan-kawan. saya juga berubah. dan semua orang juga pasti mahukan perubahan yang baik dan bukan sebaliknya. saya juga tidak terkecuali. saya selalu berusaha. tapi itulah, usaha saya mungkin tidak setara manapun. usaha keseorangan..manalah saya kuat sangat. hanya bergantung pada Dia. sekarang adalah musim cuti dan jauh dari kawan-kawan di UiTM. saya rindukan usrah. duduk didalam usrah dan saling berpesan dengan kebenaran dan kesabaran sangat menenangkan. perasaan yang tidak tenang dan gelisah akan mudah untuk berasa tenang sekejap sahaja. sungguh saya tak tipu. itulah hebatnya hati-hati yang bertaut kerana Allah.. =')
'..Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh..' [as-saf,61:4]
perjalanan masih jauh. saya pernah memasang niat untuk menyambung pelajaran di luar negara. dan sehingga sekarang niat itu masih ada diletak erat didalam hati. saya mahu simpan azam itu. pergi jauh, untuk mendapat pengalaman. agar lebih dewasa supaya dapat berdikari dan berfikir dengan lebih realistik serta tenang dalam mengurus rasa. dan yang paling menarik sekali, dapat melihat lebih banyak keindahan ciptaanNya.


jika saya niat untuk berusaha.
maka saya benar-benar ingin berusaha.
ini cara saya. saya tidak pasti tentang cara lain.
semoga Allah beri petunjuk dan kekuatan.
dan baiklah,mulai saat ini, saya akan abaikan segala rasa yang pernah..

manusia dan niat

Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - '..Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya...'

saya bukan mahu kebaikan saya yang dipandang.
tapi apa yang kamu lihat pada saya yang membuatkan kamu terima saya.
sejak mula lagi. seikhlasnya. seadanya.
tidak sama sekali saya inginkan balasan.
jika rasa terpaksa atau perlu buat itu dan ini kerana kebaikan yang saya pernah buat untuk kamu,
maaflah. saya tidak terima itu.
buatlah kerana memang niat kamu dan ikhlas.
saya lebih memilih itu.
dan saya lebih gembira.

setiap amal bergantung kepada niat.
semoga hati ini ikhlas dalam redha.
dan redha dalam ikhlas.


Perkara-Perkara

Perkara satu,
'..Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri, padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?..' [al-Baqarah,2:44]
'..Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk..'  [al-Baqarah,2:43]

Jagalah Hak Allah. Solat itu Hak Allah.
kenapa kamu tidak mahu jaga solat.
saya sedih. seperti saya tak mampu buat apa-apa.
sudah banyak kali mengingatkan pun..masih tidak sedar.
saya tahu saya sendiri tidak sempurna.
Jadilah orang yang bersyukur.
kamu punya ilmu. tidak sedarkah ilmu itu milik Allah?
jadi,tidak perlulah terlampau yakin.
kenapa tak mahu jaga hak Allah.
setakat ini,saya hanya mampu meluahkan rasa sedih.
sangat sedih.


Perkara dua,
'..Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan..'         [al-Baqarah,2:195]
sudah tahu rokok itu bahaya dan memudaratkan.
kenapa masih mahu buat?
sudahlah tidak ada usaha untuk berhenti.
hanya buat saya geram.
saya tidak suka perokok.
Jadi sila jangan merokok depan saya.
dan jangan biarkan saya tahu kamu merokok berdekatan dengan saya.
saya sangat bencikan asap rokok.
hanya buat saya geram.
sangat geram seperti mahu menangis.
dan semestinya.
saya tidak berkongsi makanan dengan seorang perokok.
maaf.
harap maklum.
saya sangat marah tentang ini.


Perkara tiga,
Fragile.
saya sendiri tidak suka pada perkataan rapuh itu.
hati saya sangat rapuh.
sekejap saya mampu jaga.sekejap saya tidak.
kalau rapuh hanya kerana sebab yang sama
dan tidak munasabah,
manalah saya mampu lagi.
tapi tidak mengapa.
akan ada masa rasa itu akan pergi.
sekarang jiwa masih keanak-anakkan lagi.
tidak mampu mengurus rasa dengan lebih laik lagi.
Doa sahaja.
Redha, Bersyukur, dan Berjalanlah,
dengan penuh pengharapan kepada Allah.


Doa

'..Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang
sanggup Bersusah atas nama kesetiaan,
mendahulukan Pertolongan atas nama Kebajikan,
menyimpan Keaibanmu atas nama Kejujuran,
Mempercayaimu atas nama Keikhlasan,
menegur Kelemahanmu atas nama Kebaikan,
memendam rasa Terkilan demi menjaga Perasaan,
dia bukanlah seorang Kawan
tetapi seorang Saudara dan Teman Sejati.
dan sekiranya ketemu kelak..
jadikanlah dia sebagai Temanmu..
ana uhibbuki ya ukht.ukhwah fillah abadan abada...'

To: ..fav amigos..
Sent: 05:50:08pm
29 07 2009

Doa.ini adalah sebuah doa,pesan dan harapan.
dipesankan ketika dengan niat yang baik dan senang hati ketika itu.
saya sendiri pernah berdoa dan saya sendiri yang lupa tentang doa ini. =')
dan sekarang doa ini sudah makbul.
dan dia gembira.
saya sepatutnya bersyukur.
kerana itulah yang saya inginkan ketika menghantar mesej ini. =)
semoga Allah sentiasa merahmati kamu.
sila jaga diri baik-baik yup. =')

rindu.itu.sentiasa. 

beautiful

the whiffle of winds prefer to blow softly,
the trees are like moving by waving of hands, 
the sun is shine,
the water are cold,
Such beautiful and perfect arrangement made by Him..! 




'..For those of you ask for signs have We not shown you enough already? look around you. Look at the stars look at the sun and look at the water. these are the signs of the people of knowledge..'


'..And We send the winds fertilizing (to fill heavily the clouds with water), then caused the water (rain) to descend from the sky, and We gave it to you to drink..'  
[al-Hijr,15:22]




ada beberapa perkara cuma.
perkara 1-aurat wanita itu seperti permata yg sangat dijaga.=')
perkara 2-tidak sengaja,tidak mengapa. tp jangan dbiasakan. =)

puisi hati II

Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku, syurgaku
Tanpa dia
Malam menemani aku
Sepi memelukku
Bulan jangan biar siang
Biar alam ini kelam
Biar ia sepi
Sepertiku.

saya agak dia penat tapi tidak pernah bosan.
dia sangat sayangkan kawan-kawan dia.
saya sayang awak sangat.
semoga Allah redha. =)

life

Life is not something that you want to achieve, but it is a route for you to achieve. To achieve blesses from Allah The Almighty.

=)

"..Wahai Tuhan Yang membolak-balikkan hati-hati
tetapkanlah hati kami dalam agamaMu.
Wahai Yang Memalingkan hati-hati,
palingkanlah hati kami kearah untuk mentataatiMu.."


saya mahu biasakan diri seperti dahulu. seperti waktu itu. hati saya pada waktu itu lebih tenang. lebih bersifat terbuka dan senang hati. lebih ikhlas dalam apa-apa perkara. tidak memanjakan diri. salah saya kerana membiasakan diri. dan sekarang saya tak kata saya mampu, tapi saya akan berusaha.

=')  

ayat Allah penenang h a t i

saya tak biasa dengan keadaan macam ni? saya mahu seperti waktu itu. bagaimana?
'..boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan Allah jualah Yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya..'       [al-Baqarah,2:216]


saya tak pernah marah tanpa sebab yang munasabah melainkan hanya berasa sedih dan terkilan.itu sahaja. sedih. 
'..Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tertinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman..'       [al-Imran,3:139] 


saya tahu saya kena kuat. =') ini langsung sedikit pun tidak membebankan sepatutnya kepada saya. lihat dengan mata dan hati ramai lagi saudara-saudara diluar sana yang lebih besar ujian mereka.
'..Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala [dari kebaikan] yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya..' [al-Baqarah,2:286]


hanya perlu bersabar.. =') kerana setiap kesedihan atau rasa terkilan,pasti akan berlalu. sabar dan ikhlaskan hati..wahai hati. =')
'..Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, (5) sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan..' (6)     [al-Insyirah,94:5-6]


bila saya kata tak suka, dan awak masih buat.
saya tidak marah.saya cuma sedih dan terkilan.
saya tahu saya tiada hak untuk berlebih-lebih.
sudah. saya terkilan untuk beberapa hal sekarang.
saya mahu biasakan diri seperti dahulu. 
. . . . .

miss them

saya rindu mereka.
saya rindukan waktu itu.
dengan mereka saya lebih terjaga.
dengan mereka hati saya mudah tersenyum dengan ikhlas.
dengan mereka kesedihan saya mudah pergi.
dengan mereka hati saya sedikit tenang.
dengan mereka saya berasa dekat denganNya.

sekarang saya jauh dengan mereka.
saya rindu.

..sebab saya tak kuat jika keseorangan.. ='(


sedihnya.sy rindu.

kenapa?

'kenapa itu...begitu dan begini?'
'kerana Allah..'

'kenapa ini...begitu dan begini?'
'kerana Allah..'

'kenapa pula...begitu dan begini?'
'kerana Allah..'

'kenapa perlu...begitu dan begini?'
'kerana Allah..'

'kenapa dia...begitu dan begini?'
'kerana Allah..'

kenapa? kerana Allah..=)
kerana Allah telah mentakdirkan itu dan ini, siapa dan mengapa.
kerana takdir Allah..

maka redha, bersyukur, berjalanlah..
..dengan penuh pengharapan kepada Allah..=')


hati..silalah bersyukur..=') 

woman's heart

‎'..A women's heart should be so lost in Allah that a man needs to seek Him in order to find her..'




i love her =')

melengkapi

betul seperti yang ramai-ramai orang katakan. Berkawan biar seribu. sebenarnya memang itulah yang sebaiknya kerana berkawan ini saling melengkapi. tiada siapa diantara kita ini yang sempurna sifat dan akhlaknya. masing-masing pasti ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. 'Uhibbuki Fillah'. memang benar maksudnya aku mencintaimu kerana Allah. tapi apakah kita benar-benar menghayati dan mempraktikan dengan ilmu yang kita tahu? bukan untuk saya mempersoalkan kepada orang lain diluar sana, tetapi pada diri saya juga sendiri. walaupun saya tahu, tapi kadangkala gagal juga untuk bertindak berdasarkan ilmu. bagi saya payah dan sukar kerana ianya tanpa sedar. mungkin kerana saya pernah merasainya. dan kerana itulah berkawan biar ramai kerana ianya akan saling melengkapi. dan yang paling penting situasi itulah yang akan mewujudkan ukhwah yang manis dan diredhai. usah kecilkan skop kepada teman baik itu hanya seorang. jangan. kerana kita ini masing-masing tak sempurna, terlampau banyak kekurangan.
'..muslim itu bahagia apabila melihat saudaranya bahagia, itulah ukhwah..' =)


saya memang sayang sangat bestie(s) saya.
mereka saling melengkapkan hidup saya!.<3

Jiwa dan Hati

Wahai Jiwa,
bahagia itu datang dari Allah,
bukan pemberian dari manusia.
Wahai Hati,
Cinta itu kurniaan dari Allah,
bukan asal dari manusia.
jadi bagaimana Bahagia itu dapat dicari
sedangkan Jiwa jauh dari Illahi?
bagaimana dapat mengecapi cinta fitrah insani,
sedangkan cinta Allah masih belum bertapak dihati?


cintailah Illahi
itu cinta hakiki,
cinta kekal abadi.

niat vs ikhlas

bismiillahirrahmanirrahim,

baiklah, bila bercakap tentang niat dan ikhlas mana satu yang sepatutnya dahulu? niat dahulu atau perlu ikhlas dahulu? sebenarnya tidak perlu mahu pening-pening kerana ikhlas itu adalah niat. dan niat kita adalah perlu ikhlas. Ikhlas kerana Allah. ye.Ikhlas untuk mendapat redha Allah. kadang-kadang hampir-hampir sahaja terlupa tentang ini. tidak sedar. sebab itulah kadang-kadang ada saja sesuatu yang tidak kena bila kita lakukan sesuatu. tanpa sedar juga kadang-kadang kita mengharapkan balasan terhadap sesuatu perkara yang telah kita lakukan. jadi kesimpulannya, ikhlas itu adalah niat dan niat yang ikhlas itu perlu. kedua-duanya saling berkaitan. semoga sentiasa beringat.=) pesanan buat hati saya juga. semoga Allah redha.


saya selalu leka. =')
semoga mendapat kekuatan..