Páginas

crossed my mind.

saya sangat sensitif apabila datang 
kepada saya sesuatu isu yang 
berkaitan dengan sahabat. 
saya sangat sayang sahabat saya yang satu itu. 
hari-hari dia pasti terlintas dalam ingatan saya. 
tidak pernah sekali pun tidak. 
saya tidak pasti sama ada dia ingat pada saya. 
tiap-tiap hari saya ingat dia. 
semoga Allah redha...


*seperti yang saya cakap tempoh hari,
rindu itu sentiasa. tidak berupaya dibiarkan
hanyut dan hilang..

sangat rugi

saya sangat sedih melihat orang-orang seperti mereka.
langsung tiada sedikit pun kah pergantungan mereka kepada Allah?
sehingga sanggup menggelarkan diri sebagai iblis?
sehingga berani dan bangganya mereka menggelarkan
diri mereka sendiri sebagai penghuni neraka?
ini bukan perkara yang boleh dibuat gurauan.
Astaghfirullah. dimana Allah dalam hidup mereka?
mereka fikir mereka siapa sehingga hari ini
masih hidup dan bernafas di muka bumi ini?
tidak ada rasa malukah?
dimana rasa ketuhanan mereka,
dimana sifat pergantungan mereka?
saya sangat sedih. ='[
berapa ramai lagikah mereka yang begini diluar sana?
apa usaha yang saya lakukan? =''[
apa sanggup dan berani-berani benarkah
mereka ingin menghuni neraka? ='[
memikirnya pun hati sudah rasa berdebar,
ingin menangis kerana takut.
diri ini syurga pun terasa tidak layak.
tapi tidak tertanggung api neraka.
api yang didunia ini pun kita sudah meraung-raung.
apa ntah lagi disana. =''[
padanlah Allah selalu berfirman
bahawa manusia ini selalu tergolong
dalam orang-orang yang rugi.
dan rugilah orang yang mengabaikan
dan menolak kebenaran walaupun sudah
terbentang jelas dan nyata didepan mata. ='[
bila saya terjumpa dengan kelompok manusia
ini saya berasa sangat sedih, marah, geram
bercampur baur semuanya.
mereka ini sombong.
sedih.
kerana bagi saya mereka ini tergolong dalam
orang-orang yang rugi kerana membatilkan yang hak
walaupun mereka tahu dan sedar tentang kebenaran itu.
sangat rugi.
langsung tidak mengharapkan pergantungan kepada Allah. 
langsung tidak berbangga dengan 
al-Quran dan ajaran Islam, 
malahan menimbulkan ideologi, 
dan konsep yang bertentangan dengan Islam 
serta memperlekeh-lekehkannya. 
kamu fikir kamu siapa sehingga layaknya 
hidup dan bernafas dengan sempurnanya 
di bumi Allah sampai hari ini? 
sampai detik ini? 
Allah sikit pun tak rugi. sekecil kuman pun tidak. 
malahan kitalah yang tersangat-sangat rugi 
jika sedetik pun kita lupa bahawa kita ini 
sentiasa dalam jagaan dan pengawasanNya. 
Allah itu Maha Pemurah, 
Maha Pengasih, 
Maha Adil.



*sedihnya. saya tak mau pergi ke blog itu lagi.
bagi saya dia sangat rugi 
kerana tidak ada rasa pergantungan kpd Allah

rindu

rindu itu rupanya tidak boleh dibiarkan hanyut dan hilang.
rindu itu sentiasa.
saya rindu dia.



*tinggal lagi 2 paper. 
sila berusaha ye. =')

h a t i vs a k a l

saya mahu kuat, bersemangat dan positive selalu. 
tapi tak tahu bagaimana caranya. 
saya tau. saya kena kuat. 
pohonla kekuatan dari Dia. 
sesungguhnya hanya Dia yang memiliki segala. 
hanya Dia yang mampu menghilangkan & 
meredakan segala perasaan sedih atau 
tidak selesa yang hadir dihati. kan? 
ada suatu perkara yamg saya mahu fokuskan disini. 
iaitu akal vs hati. 
saya seringkali terkeliru dengan 
kehendak akal dan tindakan mngikut kata hati. 
kalau kita fikir-fikirkan semula, 
yang manakah yang lebih berkuasa antara akal dan hati? 
tentulah hati bukan. 

dan saya seringkali bertindak mengikut 
kata hati meskipun akal saya telah menetapkan 
apa yang patut & perlu saya buat. 
sebagai contoh, kerap kali saya mengingatkan 
diri saya sendiri agar selalu berfikiran positive, 
tersenyumlah, gembira dan menggembirakanlah 
orang-orang lain disekeliling & bukannya 
menyusahkan mereka. 
tapi, hati saya kadangkala gagal untuk 
menerima signal dari akal itu, 
kalaupun terima, 
tetapi tidak berjaya bertindak mengikut 
apa yang akal saya mahukan. 

natijahnya, saya seringkali bertindak 
mengikut kata hati dan perasaan saya ketika itu, 
lantas meyebabkan orang-orang disekeliling 
saya termasuk orang-orang yang saya 
sayangi berasa sakit, tersinggung, sedih dan terbeban. 
secara automatiknya, saya juga berasa 
sangat sedih dengan keadaan yang macam tu.

Jadi, menjaga hati itu sangatlah penting 
dan saya berusaha menjaganya. 
tapi sampai saat ini, masih belum mampu 
saya untuk menjaga hati dari berfikir perkara 
yang baik-baik sahaja dan jangan berfikiran negative. 
masih belum mampu sepenuhnya. 
tapi, saya mesti terus berusaha.
Doa. itu kan kekuatan. 


selama ini saya sentiasa berusaha.
bukannya saya tidak pernah berusaha.
tapi, apalah kekuatan saya.
kerana hati itu telah mendominasi akal. ='[

semangat

sakit perut sekarang. ouh.macam mana nak pegi library 
kalau pagi-pagi dah sakit perut macam ni. 
i've promised my friend. saya nak pegi library hari ini. 
yes. azam baru. lagipun study kat library lagi semangat daripada study kat bilik. 
jadi, hari ini perlu semangat-semangat ye. 
ada satu perkara yang saya takutkan yang saya baru sedar. 
saya takut sedih.
 ye. saya sangat takut sesuatu yang akan membuatkan saya berasa sedih. 
sebab bila sedih saya akan hilang semangat. 
jadi, jangan sedih-sedih. 
apa rasionalnya nak bersedih sedangkan Allah ada disisi.sentiasa menemani.
 bukannya kita sorang-sorang pun.

banyak lagi benda yang lagi penting yang saya perlu fikir. 
yang lebih utama.kan. s
aya teringat kata-kata yang saya jumpa dalam 
satu blog yang saya suka baca. 
'nak jadi dai'e kena berani!'. 
tapi. untuk saya, nak jadi dai'e kena kuat!. 
tak boleh lemah-lemah. tak boleh malas-malas. 
dan yang paling penting kena berusaha.
 tambah-tambah hati. o
uh hati. silalah ikhlas. 
baiklah.sudah lambat nak ke library. 
kesian kawan saya yang seorang itu. 
lain kali mungkin, untuk menuliskan sesuatu yang lebih bermanfaat. 


semoga hari ini bersemangat!
jangan sedih-sedih.
nak jadi dai'e kan kena kuat.

final exam

oh.saya mahu menulis dari hati.='[
ok.sekarang paper tinggal lagi empat. baru lepas dua paper. selalu.bila mngadap buku dan asyik tido lewat aje.kepala mula la nak pening-pening. macam mana ni.esok saya punya 3rd paper. memang belum habis cover lagi. adeke patut tulis blog pulak. tapi kepala saya dah berat. macam mana ni. tidak.tidak. semangat kena kuat. ok, carry mark untuk subject ini taklah tinggi mana, tapi ok. jadi perlu juga usaha untuk final paper. kan.kan.  ^_^v baiklah. esok paper PSA420. public sector accounting. ouh. semangatku, jangan lari-lari ye. kalau kamu lari-lari habisla saya. penat mau kejar.
cepat2. study. =)



semoga Dia permudahkan segala urusan..
dan semoga esok lebih baik dari hari ini..=')

kenangan

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.
For the rest of my life
Through days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever  I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my  wife  and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along..

*kadang kala kenangan yang manis itu
sangat pahit untuk dikenang. =')
usia belum meningkat dewasa,
apalah sangat yang dharapkan ketika itu.. =')

mereka

ada sesuatu yang menarik tentang mereka-mereka.
mereka itu sangat menghiburkan. dan menggembirakan.
sering kali membuat orang-orang yang berada disekeliling mereka gembira.
dan tersenyum.
bagusnya punya teman-teman seperti mereka.
dan.
dia juga seperti mereka. 
menggembirakan dan kadang kala menghiburkan.
saya sangat merindui dia.
biarkan dia terus bahagia.
dan menggembirakan orang-orang yang lebih menyayangi dia.
rindu.
semakin hari semakin rindu.
semakin rindu semakin ia dibiarkan.biar hanyut dan hilang.
lebih baik.
berilah rindu itu pada yang sepatutnya.


saya..adakah layak untuk menjadi 
seorang sahabat yg menggembirakan?

memiliki vs merasai

merasai tak semestinya memiliki.
tak ada satu pun di dalam dunia ini adalah milik kita.
semuanya milik Dia.
diri kita juga adalah milik Dia. 
kita langsung tidak punya apa-apa.
jadi apakah layak kita mengatakan seseorang itu mengambil hak kita.
sedangkan kita tidak pernah punya hak keatas sesuatu yang diambil itu.
segalanya milik Allah.
kita hanya dapat merasai bukan memiliki.
bersyukurlah.
apa rationalnya bersedih terhadap sesuatu yang bukan milik kita?
saya sering kali terlupa tentang ini.
Lupa. kerana tidak layak untuk mengatakan itu hak saya. 
Lupa. kerana pernah terlalu leka dengan pinjaman yang Dia berikan hanya sebentar itu.
sukarnya. sedihnya. 
untuk mengakui walaupun ianya hakikat sebenar.
jadi.senyum dan bersyukur itu adalah jalan yang paling baik.
sukar.tapi tak mustahilkan?



air mata yg telah menitis itu.kadang2 benar2 melegakan..=)

gugur.tumbuh.hilang berganti.



Tanya pada rindu, rindu pasti berlalu.
Tanya pada sayang, sayang kadang hilang.
Manusia datang dan pergi dalam hidup ini,
Persoalannya ketika mereka di sisi, adakah kita menghargai?

malu

malu mempunyai pengertian yang besar.
sifat malu adalah sebahagian daripada iman. 
mereka yang telah hilang sifat malu adalah orang yang tipis imannya.
malu dan iman berjalan beriringan.
jadi,Jika salah satu ditinggalkan maka kedua-duanya akan hilang.
persoalannya.
bagaimana pula jika malu tapi mahu. 
sy memang akan rasa malu. 
tetapi jika perkara itu benar maka sy tidak akan malu. 
sy malu jika tidak menyatakan kebenaran.
lebih malu rasanya jika hidup dalam penipuan dan kepura-puraan.
jadi sy tidak malu untuk berterus terang. 
memang sudah buat salah.
tapi bukankah lebih malu jika tidak berterus terang?


*saya mintak maaf...

friends..

friend...
is a collection of hearts. ready to give. 
share and understand. 
it never fades and never ends. 
its only reminds us life is not perfect without a friend.


i love my friend =)

first final.for the first semester.for my degree


enam paper. dua calculation. empat theory.
semoga Dia mempermudahkan segala urusan.
buat hamba-hamba yang bergantung harap hanya padaNya. 
bukan pada siapa-siapa yang lain.
*sangat excited sebenarnya* =D
excited + berdebar2 + takut + happy = A+ 
wah. dah dapat A+. =p 

~i wanna call my mom*


pray hard, work smart. =)

jauh itu kadang kala lebih baik.mungkin.pasti.

jauh tak bererti jauh
dekat tak bermakna dekat
kadang-kadang jauh tapi dekat
kadang-kadang dekat tapi jauh 

bagaimana pula dengan yang dekat tiba-tiba terasa jauh?
sudah biasa dekat 
kemudian harus biasakan yang jauh

sukar.sangat sukar. 
lebih baik lah diisikan masa itu dengan sesuatu yg bermanfaat bukan.
cubalah. 

saya sangat rindu dia..

I love my bestfriend so much





awak pernah tahu tak kenapa saya sayang sangat dekat awak, memang kita dah kenal sejak dari darjah 3 lagi*sangat comel kan* =) tapi kita  taklah rapat sampai bertahun pun kan. tapi sejak form 5.

awak pernah tahu tak kenapa saya langsung tak berkira dengan awak tentang apa2 pun,walaupun kita bukan adik beradik pun.


awak pernah tahu tak kenapa saya selalu risaukan awak, walaupun awak dah besar, pandai jaga diri and ramai lagi orang2 sekeliling awak yang lebih concern pasal awak.


awak pernah tahu tak kenapa saya selalu nak mesej awak, walaupun saya selalu busy jugak.. ups. *mungkin tak sebusy awak.* =p

awak pernah tahu tak kenapa saya selalu nak sangat jumpa dengan awak,walaupun sekarang kita dah duduk jauh.

awak pernah tahu tak kenapa saya selalu suruh awak makan, walaupun awak boleh uruskan hidup awak sendiri.

awak pernah tahu tak kenapa saya selalu menangis pasal awak, walaupun perkara tu sangat2 simple je sebenarnya.

awak pernah tahu tak kenapa saya takut sangat kalau awak marah, walaupun kadang2 saya tak tahu pun yang saya dah buat salah.

awak pernah tahu tak semua tu?
awak tak tahu sebab saya tak pernah bagi tahu dan awak tak pernah pun tanya saya kan..

tapi semua tu sebab..
awak tahu tak awak la kawan saya yang pertama yang ajar saya utk jadi seorang kawan. seorang sahabat. selalu semangat. selalu buat saya ketawa and happy dengan cerita2 yang awak selalu cerita kat saya. saya suka sangat dengar. saya pulak, walaupun saya bukan pencerita yang baik atau menarik, tapi saya seronok sangat kalau dapat merepek dan cerita macam2 kat awak.walaupun respon yang awak bagi kadang2 ala kadar je tapi saya tetap sangat puas hati. saya selalu jeles sebab saya takut saya akan hilang awak. saya tak mau awak hilang.saya nak awak dekat dengan saya. saya sayang awak sangat.
saya sayang awak sampai bila2..







dan..saya mahu belajar untuk sentiasa bersyukur..
may Allah blessed..

Jauh...

Assalamualaikum..=)

menariknya tajuk post kali ni sy rasa.jauh..
tk sangka, mmpunyai cita2 yg tnngi itu sangat menarik.
cita2 yg ingin sangat dicapai yg sangat jauh.
menyebabkan sy eprlu pergi jauh.

teringin benar nak menyambung pngajian sy ke luar negara.
menarik bukan, bagi sy..=)
rupa2nya cita2 yg tnggi dan jauh mmbuatkan sy brsemangat lebih.
dan lupakan segala kesedihan atau segala kesulitan yg sedang terasa.

dan pasti. sy tidak keseorangan. Allah sentiasa bersama.
kalau sy tidak kuat, Allah pasti menguatkan.
kalau sy berasa sedih, allah pasti mnggembirakan.
kalau sy berasa gembira, Allah sentiasa ada utk dikongsi segala.

usahla berharap pada manusia semata.
risau nanti bila trjatuh, terasa malunya bangkit lalu mghadap Illahi.
padahal, kekuatan itu hanya dari Dia.
bukan pada siapa yg lain atau manusia yg lain.
perlunya sy utk kuat.
sgt sakit rasanya.

jadi, jauh itu adalah jalan trbaik.
jauh dari kelompok2 manusia ini dan dekat padaNya.

ada cita2 yg perlu dicapai kerana Dia.
usah risau dan brpaling. Dia sentiasa bersama.
jadi, sila brsemangat. dan selalu kuat.
dan jgn putus asa.

assalamualaikum wbt...


hubungan dgn Allah..

Jagalah Allah..Allah akan jaga kita..
Jagalah hubungan kita dgn Allah..
maka Allah akan jaga hubungan kita sesama manusia..