Páginas

rasa

semakin lama, semakin sukar untuk menulis rasa
rasa yang difikir lebik baik untuk disimpan di dalam hati sahaja.
pada hal, hati ini sungguh berat rasanya
untuk menyimpan rindu, bermain kata, dan bertemu
redha Dia, sentiasa diharapkan
cuma doa yang mampu dititipkan,
doa sehari-harian..
rindu yang bukan sebarang lagi untuk diungkapkan
rindu yang kini mungkin disalah tafsirkan..
di anggap cuma,permainan..
oleh itu. rindu cuma di dalam hati
bertemu cuma di dalam mimpi..

Doa buat teman yg mampu dititipkan..
sebagai peneman sehari-harian..
semoga Allah memberi keredhaan dn kekuatan
buat semua Cinta.

dah lama heal :)

bila segala urusan diuruskan bersama Dia,
Pencipta kita,
semua jadi tenang dan terasa dipermudahkan
Allah, pelihara hati kami
hati-hati mereka yang disayangi.
betapa pergantungan kami seluruhnya hanya kepadaMu..
Allah, ubatkan dan pelihara hati dan dirinya.

sangat mencabar

sakitnya berurusan dengan manusia.
ini namanya diuji.
semarah-marah saya
saya tak akan sesekali sanggup untuk abaikan mesej atau panggilan orang yang saya sangat sayang.
bila begini, saya diabai, baik. kesalahan saya adalah sangat BESAR bukan.
saya terima.

entah hingga bila kekuatan ini bertahan,
ya selagi keyakinan pada Allah itu ada.

saya tidak pasti lah tulisan ini bernada marah atau apa.
   

repost, dia

bila bermain sendiri, rindu memang akan datang 
bila terbaca yang dahulu, lagi bertambah
. . . . . . . 
dia memang hadiah dari Allah yang sangat istimewa.
dengan bertitlekan dengan nama kawan, teman atau sahabat.
dia memang sangat istimewa. yang paling saya sayang.
kerana dia, saya tahu apa itu erti kawan, teman dan sahabat.
kerana dia saya tahu bagaimana mahu menghargai kawan-kawan saya yang saya sayang.
kerana dia mengajar bagaimana untuk menjadi seorang teman yang tahu untuk mengambil berat terhadap kawan-kawan saya yang lain.
kerana dia mengajar erti sayang.
kerana dia pandai buat saya tersenyum.
kerana dia saya punya semangat untuk menjadi kawan yang baik untuk semua kawan-kawan saya.
kerana dia adalah yang pertama.
kerana dia kurniaan Allah buat saya.
dan kerana dia itu hak Allah.
dan kerana itu, jangan berlebih-lebihan dalam bersahabat yang diluar batasan.
dia milik Allah. saya juga. dan semua orang.
dijalan Allah, persahabatan ini bukan milik saya dan bukan milik dia. persahabatan milik Allah. 
jadi, permulaan dan pengakhiran semuanya terserah kepada Allah.

dan kerana itu.
bila saya bersedih saya akan inginkan dia.
bila saya sakit saya mahukan dia.
bila saya gembira saya mahu kongsikan dengan dia.
bila saya susah saya mahu ceritakan pada dia.
bila saya seperti keanak-anakkan lebih selesa dengan dia.
bila saya ada kemahuan saya beritahu pada dia.
bila saya sudah terbiasa maka saya mahu dia. 
yang teakhir inilah payah.ok. abaikan sedikit. =p
terima kasih. saya sememangnya sangat menghargai awak.
friends in need, she's indeed.
...
rasa lapang bila memujuk hati begini.
memujuk hati dengan jalan yang Allah beri. 
                  

Tulisan V

yang sepatutnya,
. . . . . . .
bila membawa seorang teman dan saudara, bawalah ia kepada Tuhannya..
bukan kepada diri kita.
...
 

Tulisan IV

dia sayang.
. . . . . . .
YaAllah, dia sayang. Tapi betapa dia rasa teruk dan lemah tidak dapat memberi manfaat kepada teman yang dia sayang. yang paling. Disayang.
dia rindu.

Tulisan III

Lalu, begini jadinya.
. . . . . . .
Dia takut dibenci. Lalu menjadi kenyataan yang tidak diingini. YaAllah, dia mohon hati untuk diperbaharui. Dia mohon dilindungi hati-hati yang disayangi. Pelihara hati-hati.
. . .
sebagai seorang yang mengharapkan cinta ke syurga menjadi nyata, tak mungkinlah dia sanggup melihat salah seorang dari teman-temannya yang lain tercicir dibiar jatuh, diiring dosa dan leka. Lalu dia turut jatuh untuk menghulur tangan. Bukan sengaja memilih jalan begitu. Dia rasa perlu lalu membuat keputusan begitu,  melakukan apa yang perlu. Mungkin caranya yang salah. Dia tidak mengetahui cara yang lain lagi. Betapa lemahnya dia, bila perlu berusaha berseorangan begitu.
. . .
Dia mintak maaf. Beritahu bagaimana caranya untuk dia tidak dibenci kamu. Sudah terang nyata lagi bersuluh, sedihnya dia tak dapat memberi manfaat sebagai seorang teman rapat yang menyayangi dan disayangi. Sedihnya dia kerana tidak dapat menggembirakan teman yang paling disayangi dan paling menyayanginya. Sedihnya dia jika situasi ini berterusan lama. Sedihnya dia bila menyebabkan teman yang disayanginya sakit.

Kekuatan dia bukan disituasi begini, bukan dalam situasi kamu. Bila datang begini, tertunduk lemah dia mencari kekuatan diri

Tulisan II

bagaimana caranya.
. . . . . . .
YaAllah..dia memang seorang yang lemah. Dia tak pasti sama ada caranya betul atau salah. Dia tidak yakin sama ada caranya kena pada tempatnya atau lebih mengucar kacirkan apa yang sedia ada. Sekali lagi asyik nak bersedih hati hampir setiap masa. betapa lemahnya dia. YaAllah, dia minta ditunjukkan jalan sentiasa, untuk hati dia dan hati-hati yang dia sayangi dan menyayangi dia.
. . .
YaAllah, dia sendiri tidak yakin dengan dirinya yang selalu menggembar gemburkan tentang definisi Cinta ke Syurga itu sendiri. Dia tidak yakin sama ada dia mampu sedangkan diri dia sendiri tak menentu. Setiap apa yang dia buat, ada sebabnya. ada misi. ya, misi ingin membawa mereka kesyurga. tapi dia tak mampu. YaAllah, betapa dia sekarang merasakan dirinya langsung tak mampu. entah apa la sangat sumbangannya kepada orang-orang yang disayangi dan menyayanginya. Dia sedih.
. . .
YaAllah, ampunkan dosanya dan orang-orang yang disayangi dan menyayanginya. Itu yang selalu diingininya. Semoga sentiasa ditunjukkan jalan kepada dia. semoga diberi kekuatan. semoga dilindungi hati dia dan orang-orang yang disayanginya bersih dari sifat mazmumah.
Dia sangat menyayangi mereka, dan misi yang sudah separuh jalan ini perlu diteruskan.
. . .
dia sangat merindui temannya yang seorang itu. rindu diharap terbang hingga kesyurga..
..semoga Allah melindungi kamu.ya. kamu tahu siapa kamu.pemilik seuntai loket hati.

Tulisan I

menulis memang salah satu cara untuk meluah rasa.
. . . . . .
Setiap kali datang rasa sedih dan tak berupaya, dia akan mencari kekuatan dengan memikirkan apa sahaja perkara. dan salah satu sumber kekuatan datang hasil dari kenangan-kenangan yang pernah ada. Peliknya, bila memikirkan, bertambah sedih. Setiap kali sedih, disitu juga datangnya penat. Bila penat datang pula lelah. Dia sebenarnya takut dibenci, tidak disenangi atau tidak disukai. Dia sedih. Sekarang dia tidak berupaya lagi. Dia gagal menjadi seorang teman rapat pemberi manfaat yang disukai. Malah, kadang dia rasa hanya membebani. Dia rasa ada sesuatu yang salah dalam persahabatan itu tetapi tak tahu nak dibetulkan mana. apa dia. Lalu dia mengambil keputusan mengikut sahaja arus kebaikan. Kata orang just go with the flow. Mana yang baik dan memberi manfaat untuk diri dan orang lain, maka cuba buat. yang tidak, cuba tinggalkan. Bila orang gembira dan suka, kita rasa bahgia. Bila orang membenci..mohon maaf, diamkan diri kerana tak tahu ingin berkata apa lagi. Kerana dia sekarang penat. Cuma ingin rehat sebentar. Penat tak apa, asal jangan berhenti menjaga hati. Tak, bukan berhenti. :)  Dia cuma berehat. Hanya mengikut arus rasa yang ada disekeliling.

healing

"heart in the hand of another heart,
and in God's hand are all heart.
an eyes take care of another heart,
and in God's eyes nothing hide."

hati yang baik dapat mempengaruhi hati lain untuk turut menjadi baik.
tapi kerana Dia yang memiliki hati-hati.
maka, berusaha semampu mana yang ada dalam diri
untuk mengharumi hati-hati lain yang disayangi.
kerana Dia, yang memiliki hati-hati
hati-hati yang langsung berbolak balik ini.
bila namanya hati, bukanlah sesuatu yang pasti.
mudah dipengaruhi bahan duniawi.
   
tak usah mencela. wahai hati.
kerana kamu sendiri belum sebenarnya sempurna dimata Illahi.
bila melihat seorang muda,
malu kerana ternyata dosanya tidak sebanyak diri
bila melihat seorang tua,
menunduk kerana ternyata ilmunya lebih tinggi
bila melihat seorang penzina,
maka rendahkan diri barangkali hatinya lebih bersih dari hati yang berada didalam dada ini
bila melihat seorang alim,
tertunduk malu kerana kurangnya ilmu
lalu pergilah untuk menambah tahu.
         
buat hati.hati.
     

dunia itu digenggaman, akhirat itu dihati

alhamdulillah,
hari ni baik-baik. kerana Dia memberikan saya kawan-kawan yang baik.
teman-teman yang baik.  hari yang baik. hati yang tenang walaupun kadang-kadang ada rasa gelisah bertandang. gelisah kerana urusan dunia?
tak usah penat berperang dengan gelisah yang bertandang.
kerana selalu ada cinta-cinta yang memesan,
letakkan dunia itu digenggaman, dan letakkan akhirat itu di hati.
 
kenapa digenggaman? kerana pilihan ditangan kita.
dimana mahu kita letakkan dunia, dekat atau jauh.
ya dunia berada digenggaman. tapi tidak boleh dicampak dari dalam tangan.
kenapa? kerana laluan keakhirat ini kita perlukan dunia.
dan kerana itu, kita hanya ada pilihan.
mahu meletakkan dunia itu jauh? atau dekat.
     
dunia ibarat permata tiruan.
sinarnya terang nyata.
tapi mengaburkan.melekakan
     

ketenangan

ketenangan itu memang ada di mana-mana.
tapi saya tak mampu merasa ditempat lain selain
di rumah Dia..
ya..memang saya amat lemah..
ketenangan yang sangat-sangat
hanya diperoleh bila berada didalam rumhaNya..
berniat iktikaf tanpa lupa.
sentiasa memohon redhaNya,
untuk saya dan semua.
sayangnya semua..
sayangnya dia..


     

hati

hati itu milik Tuhanmu
berlindunglah dengan Tuhanmu dari kejahatan hatimu
sendiri.
kamu. jangan pernah sesekali abaikan Tuhanmu
kerana Dia terhembusnya setiap nafas kamu
kerana Dia tak pernah jemu.

kamu, jagala hati itu.
bukan mudah menjaga hati walaupun satu.

kerana aku sayang.
maka aku titipkan buat kamu.

kamu, jangan abaikan hak Dia.
setiap kata dan rasa yang tercipta
atas sabdaNya dalam ruang-ruang masa yang masih tersisa.
kamu itu, Dia sayang.
kepada kitabnya sentiasa kamu berpegang.
 
doa aku. buat kamu.kamu dan kamu
         


       

namanya ujian

kerana Allah tak akan membebani hambaNya dengan sesuatu yang bukan kemampuan hambaNya.
telah disebutkan dalam ayat 2:286.
dan kerana itu, bersabar lah.
menangislah jika perlu.
dan kemudian senyumlah.
kerana Allah tahu apa yang terbaik buat hambanya.
bila rasa sukarnya..yakin, pasti ada solusinya.
dengan Dia. segalanya jadi mudah.

kuatlah. itu sahaja kata azimat buat kamu wahai hati
kerana namanya menuntut ilmu,
maka, kuat lah. usaha lah.
dan senyumlah.
           

aku mohon

berkatilah setiap semangat jiwa
untuk selalu berjuang di jalanMu.
terjagalah hati yang kadang redup
tertiup angin di duniawi

gemerlap kilauan harta
takhta dan cinta manusia
yang menyesatkan
selamanya
      
aku mohon-firdaus
   

kerana

kenapa manusia tak pernah mahu puas dengan apa yang mereka punya?
kerana didunia ini memang tiada perkara yang sempurna
melainkan Tuhannya.
manusia tidak sempurna.
jadi tak usah terlalu mengharapkan kesempurnaan dan
sepenuh kebahagiaan pada makhluk Tuhan yang bernama manusia.

jadi silalah muhasabah diri kembali
peringatan ini buat diri saya juga tidak terkecuali
dan ingat, bila memberi tak usah mengharapkan balasan kembali

saya berikan kasih sayang kerana saya sangat menyayang
bukan semata-mata untuk kembali disayang
semoga Allah redha..

hati-hati dalam usrah yang bertaut dalam iman itu..
saya rindu..
   

perempuan

yang namanya perempuan itu
muslimah ayu gayanya
menjaga agama bukan hanya pada nama
tapi pada semua tutur kata rasa,
lemah lembut perilakunya
sopan segan tingkahnya
aurat ditutup sebaiknya
kerana dia tahu di mana mahkotanya
sebagai seorang perempuan muslimah gelarannya
yang mengutama hak Tuhannya
yang menjaga kebajikan suaminya
yang menutup keaiban kesayangannya

kerana itu wahai perempuan muslimah
bersih kan diri yang utama hati.
kerana itu mahkota peribadi yang asli
lagi terpuji.

tidak sia-sia malah sendiri akan tersenyum bahagia nanti