Lalu, begini jadinya.
. . . . . . .
Dia takut dibenci. Lalu menjadi kenyataan yang tidak diingini. YaAllah, dia mohon hati untuk diperbaharui. Dia mohon dilindungi hati-hati yang disayangi. Pelihara hati-hati.
. . .
sebagai seorang yang mengharapkan cinta ke syurga menjadi nyata, tak mungkinlah dia sanggup melihat salah seorang dari teman-temannya yang lain tercicir dibiar jatuh, diiring dosa dan leka. Lalu dia turut jatuh untuk menghulur tangan. Bukan sengaja memilih jalan begitu. Dia rasa perlu lalu membuat keputusan begitu, melakukan apa yang perlu. Mungkin caranya yang salah. Dia tidak mengetahui cara yang lain lagi. Betapa lemahnya dia, bila perlu berusaha berseorangan begitu.
. . .
Dia mintak maaf. Beritahu bagaimana caranya untuk dia tidak dibenci kamu. Sudah terang nyata lagi bersuluh, sedihnya dia tak dapat memberi manfaat sebagai seorang teman rapat yang menyayangi dan disayangi. Sedihnya dia kerana tidak dapat menggembirakan teman yang paling disayangi dan paling menyayanginya. Sedihnya dia jika situasi ini berterusan lama. Sedihnya dia bila menyebabkan teman yang disayanginya sakit.
Kekuatan dia bukan disituasi begini, bukan dalam situasi kamu. Bila datang begini, tertunduk lemah dia mencari kekuatan diri
0 messages:
Post a Comment