Páginas


punya banyak karenah 
yang tak semena-mena
dan tidak munasabah.


''maaf, saya memang menyusahkan.."


.
.
.
kenapa diri bagi harapan pada diri?
apalah sangat yang ada pada diri
hingga mahukan sesuatu yang
tidak layak dimiliki oleh sihati.

jantung biarkan sihati
suatu hari 
sedar dengan diri sendiri.
pergantungan pada Yang Maha Memerhati.

hati suka rapuh. 
lekas-lekas lah dibalut
kadang-kadang hampir-hampir sahaja
terbelah. 
bertompok. 
tipu.
terus pergi.

lelah asyik mengetuk-ngetuk pintu hati.
hati kata pergi
biarlah penat tidak terperi sekali pun. 
terus saja berjalan.
memerhati kearah depan.
longlai.

biarlah hanya diri yg memahami..

pesanan buat diri

Ya Allah....
Jika hatiku tidak ikhlas melakukan amal ibadah...
Jika hatiku riak terhadap kelebihan yang Kau berikan...
Ingatkanlah aku bahawa Kau telah memberikanku pilihan...
destinasi abadi antara syurga atau neraka...

Ya Allah...
Ingatkanlah aku bahawa dunia ini medan ujian...
Ingatkanlah aku bahawa akhirat itu tempat menuai hasilnya...
Bimbangkanlah aku bahawa hari esok belum pasti menjadi milikku...
Kerana mungkin aku tidak akan terjaga lagi...
Ingatkanlah aku bahawa kain putih itu pakaian terakhirku...
Sedarkanlah aku bahawa akulah bakal penghuni kubur...
Yang bakal disoal Munkar dan Nakir...
Sedarkanlah aku bahawa azab kubur itu dahsyat,
Agar aku terjaga daripada lamunan dan ketawaku,
Menangis menyesali dosa-dosa lalu..

Ya Allah...
jangan biarkan cintaku kepada keluargaku... 
jangan biarkan cintaku kepada sahabat-sahabatku... 
jangan biarkan cintaku kepada kenikmatan duniawi...
lebih aku cintai daripada cintaku kepada-Mu...
tetapi Ya Allah...
cintakanlah aku kepada kematian,
kerana hanya itu yang bisa membawaku...
lebih dekat kepada-Mu...



Zahratu Billaurah

belum rupanya

hati, rupanya belum kuat sepenuhnya.
memang lah belum kuat sepenuhnya,
kan saya sedang berusaha menjaganya.
penat? oh.hati, silalah abaikan rasa penat itu.
tidak boleh tidak.
awak harus berusaha jugak
harus berusaha menjaga hati.

tapi. memang agak penat jugak
kenapa dengan kawan-kawan yang lain
saya tidak merasakan perasaan yg cemburu buta
seperti itu?
kenapa dengan dia sahaja?

lagi satu wahai hati,
tak usah fikirkan lagi kenangan lama.
memang manis. tapi
situasi sekarang ini sudah berubah.

mungkin..em baik tidak mengapa..
usaha sahaja. =)

berusaha

berusaha. saya sentiasa berusaha untuk menjaga hati.
dan sekarang ini saya rasa seperti mempunyai semangat
baru. semoga Allah redha. saya betul-betul mahu jadi
hamba Dia yang ikhlas baik, tak mahu melakukan
perkara-perkara yang tidak berfaedah lagi. saya mahu
jadi anak yang baik dan kalau boleh tidak mahu menyusahkan
dan tidak mahu menghampakan. saya mahu menjadi
saudara yang baik. saya mahu jadi sahabat dan teman yang
baik dan tidak menyusahkan. semoga Allah memberi
kekuatan.

dan saya sedar saya terlampau banyak kelemahan.
terlampau banyak dosa. terlampau banyak.
saya takut jika keseorangan saya tidak mampu.
saya tahu. pohonla kekuatan dari Dia kan.
baik. Doa. Doakan satu kelahiran semangat =)

sejak terbaca entry di link 'ini' saya rasa
agak bersemangat. betul-betul berharap untuk
jadi seperti didalam cerita itu.
ukhwah persahabatan yang disulami dengan
Cinta, Redha , Pengharapan dan Pergantungan
hanya kepada Allah..sangat manis. sangat. =)

semoga Allah redha.
saya sangat sayang mereka. =)
saya sayang mereka semua yang
menyayangi saya.
semoga Allah redha..
semoga Allah redha..
pergantungan kami hanya kepada Dia..

kawan yang baik itu apabila kamu terpandangkannya
kamu teringat kepada Allah..
apabila kamu bercakap dengannya
ilmu pengetahuanmu tentang agama bertambah..
apabila kamu melihat kelakuannya
kamu teringat akan kehidupan akhirat..
semoga Allah redha..

permudahkan

Semoga Allah permudahkan segala urusan..
saya sangat merindui mereka..=)
dan semoga Allah redha...

mudah

hati saya memang agak sedikit sensitif.
cepat untuk bersedih dan cepat juga stabil semula.
tapi sebenarnya itu semua terpulang pada diri kita juga.
bukankah Allah yang memiliki hati-hati.
hati saya.
sesungguhnya Allah itu dekat
lebih dekat dari urat leher.
Allah meliputi segala sesuatu.
berkomunikasi denganNya adalah cinta.
berkomunikasi denganNya adalah satu kelahiran semangat.
Doa dan mohon.
semoga sentiasa positif dan
mendapat kekuatan wahai Hati... =)

tak main-main

bila saya cakap saya akan berusaha, maknanya saya betul-betul akan
berusaha. bila saya cakap saya akan berubah maknanya saya betul-
betul ingin berubah. saya tak pernah main-main. tak pernah pun nak
main-main dengan apa yang saya pernah cakap. saya betul-betul
berusaha. bila saya cakap saya tak mahu menyusahkan maknanya
saya akan benar-benar berusaha untuk tidak menyusahkan.
bila saya cakap saya tak. maknanya saya tidak. saya tidak pernah
menipu. bila saya cakap apa yang terbuku dihati saya maknanya
itulah yang benar-benar saya maksudkan pada masa itu. 
saya tidak pernah menipu. 

dan Alhamdulillah. saya sudah semakin tahu dan faham dan memahami
sedikit demi sedikit apa itu ukhwah. saya tahu kepentingan berukhwah.
saya tahu sebab saya adalah diri saya. saya dapat rasakan perasaan itu 
sejak akhir-akhir ini. saya sudah kurang berfikiran negatif. dan sudah 
kurang berfikir yang bukan-bukan lagi. saya berfikir secara rasional.
saya tahu sebab saya adalah diri saya. 


jangan berbuat pernyataan seperti saya masih seperti dahulu 
dan tidak langsung berusaha untuk berubah kearah yang lebih positif. 
setiap hari saya berusaha. saya tidak bergurau.dan saya tidak dan tidak 
pernah main-main dengan apa yang saya cakapkan.
dan saya agak terkilan. cara awak bercakap macam saya ini masih
seperti dahulu dengan perangai dan cara yang sama tidak berubah.
mungkin entry ini kelihatan seperti luahan perasaan. dan iya. saya
memang sedang meluahkan perasaan sambil bermonolog denganNya
didalam hati. cara awak bercakap seperti hati saya ini hanya ada 
perkara yang negative sahaja. cara awak bercakap macam saya
ini tidak pernah berusaha untuk sentiasa berfikiran positif. 
cara awak bercakap membuatkan saya sedikit terasa hati. =(

hati..tak usahlah asyik mahu terkilan dengan perkara seperti ini lagi.
bila saya kata saya berusaha..maknanya saya tak main-main..
menitis juga akhirnya..

rindu kepada Dia

saya rindukan perasaan itu.
perasaan dimana betapa saya rindukan Sang Khaliq.
pergantungan saya hanya kepada Dia.
bahagianya saya hanya kerana Dia.
saya lakukan kerana mencapai redha Dia. 
bukan kerana seorang makhluknya
yang bernama manusia.
manusia sangat melalaikan.
saya tidak mampu.
kadang-kala saya leka.

kenapa perlu saya mempunyai rasa
pergantungan kepada manusia.
kenapa perlu saya ada rasa 
pengharapan kepada manusia.
tidak salah untuk rasa dan berharap
tetapi.
apa rationalnya jika kita bersedih
sekiranya pengharapan yang kita letakkan
kepada makhluk yang bernama manusia 
itu tadi tidak kesampaian.

pernah saya berkata pada diri
tak usah bergantung harapan
pada manusia.
bimbang nanti terjatuh
terasa malu dan kerdilnya untuk
bangun dan menghadap Illahi. 

jadi selalu la berkomunikasi denganNya
melalui hati.
ye.hati. =)
semoga dipermudahkan segala urusan
pergantungan kami hanya kepada Dia. =)

summary

suddenly i remember summary.
previously i like to use the word 
'summary' 
why? because it makes me feels 
happy and very pleased. 
it might sound a little bit weird.
but that's the fact. 
i like because, 'summary',
which means for me it 
summarize my life!. =)

it was a first time where i feels 
so contented and satisfied and blessed. 
love for Allah and His messenger 
at the first place.
that's absolutely what i was aiming for
since I realize about summary.
should always realize and be thankful to Him.
and it has been quite long
since that time.

summary! you make my life simple n easier.
now you know. =)

ukhwah~hati

segalanya rasa mudah dan senang jika
senyuman yang ikhlas itu lahir dari hati
yang tenang dan ikhlas.
yep.hanya hati yang tenang dan ikhlas
dapat melahirkan senyuman yang ikhlas.

melihatkan gambar-gambar itu.
saya tersenyum.
tersenyum kerana melihatkan betapa
manis dan ikhlasnya ukhwah seperti 
yang dilihat ketika itu. =)

bersyukurnya mempunyai teman-teman
seperti mereka. 
mereka meninggalkan saya dengan
kenangan-kenangan yang manis. 
manis macam sweets. =)
jika sebelum ini saya kelihatan faham
apa itu ukhwah tapi gagal mengamalkannya.
berilmu tetapi tidak beramal.
ouh hati. mana boleh macam tu.kan?

tapi saya berusaha.tetap mahu berusaha
berusaha untuk menjaga hati. 
sebab hati itu masih tetap dengan sifatnya lagi.
qalb' yakni berbolak balik. 

'..bukankah Hati kita telah lama menyatu
dalam tali kisah persahabatan Illahi..' 
~edcoustic-sebiru hari ini




oh hati.sila ikhlas. dan
tak mahu serious sangat.
tak mahu garang sangat. =)

sedikit jelas

jika kita sangat sayangkan seseorang itu, 
pasti kita mahukan lakukan segala 
perkara yang baik untuk dia.
dan mahu agar dia mendapatkan yang terbaik. 
tidak kisah langsung walau terpaksa bersusah atau apa.
saya lebih untuk focus kepada awak
kerana saya merasakan itu perlu. 
tambah-tambah lagi awak adalah teman kesayangan saya.
saya tidak focus kepada teman yang lain
sebab saya tahu mereka bagaimana. 
awak berbeza. 
saya tahu awak pandai jaga diri.
saya tahu awak pandai membezakan
mana yang baik dan mana yang tidak.
cuma lagi satu, saya betul-betul tidak gemar
jika ada kaum-kaum adam yang 
punya banyak karenah itu. 
saya tahu mereka ingin berkawan. 
tapi tetap ada batasnya.
awak teman yang saya sayang sangat
jadi saya nak jaga awak elok-elok.
saya nak yang baik-baik sahaja untuk awak.
jadi awak kena pandai jaga diri.

diri terjaga

saya juga merindui waktu-waktu itu.
waktu dimana saya mengetahui apa itu tarbiyah.
waktu dimana saya mengetahui apa itu ukhwah.
waktu dimana saya baru ingin mengetahui 
betapa hebatnya apabila hati-hati yang 
sentiasa bersama mengingati Allah.
waktu dimana saya mula mengenali hati-hati
yang turut ingin bersama di jalan tarbiyah.
ketika itu diri lebih terjaga.
walaupun tabiat diri sukar untuk menerima
tetapi hati yang benar-benar ingin
lantas memudahkan jalannya. 
jalan kami kepadaNya.
rindu.
diri lebih terjaga jika bersama mereka.
rindunya..hati-hati kami.

gelisah bernilai ibadah

semoga gelisah dan sedih itu bernilai ibadah. 
buat mereka-mereka yang diuji dengan musibah. 
kehilangan ahli keluarga. kehilangan harta benda. 
kehilangan tempat tinggal mereka. 
semoga diberi kekuatan. ya. 
kejadian tanah runtuh. kemalangan yang mengorbankan. 
kehilangan orang yang disayangi. 
pasti menyedihkan. bersabarlah. 
saya tahu pasti mereka itu perlu sangat kekuatan. 
jadi mohonlah pada Dia. 
hanya Dia tempat bergantung dan kekuatan. 
semoga gelisah bernilai ibadah.. 
semoga gelisah bernilai ibadah... 


kita yang rasa tidak ditimpa musibah ini,
muhasabah diri semula..
pergantungan itu hanya pada Dia.
moga-moga diberi kekuatan.. =')

pertanyaan persoalan

jika saya menyebut perkataan 'kenapa' , 
maka bermaksud saya mempersoalkan ketentuan Dia bukan.?
ada masa-masa tertentu yang saya berasa amat sensitif. 
saya berasa lemah dan tidak mampu untuk memujuk diri sekali pun. 
walaupun sudah berkali-kali saya katakan pada hati dan diri. 
tetap tidak mampu. 
ada waktu saya berasa sangat lemah seperti waktu sekarang. 
keadaan ini lah yang membuatkan saya berasa penat. 
sejak waktu itu, perasaan seperti ini lah yang selalu saya rasa. 
pada mulanya tidak berasa penat. 
tapi bila saya sedar semakin hari asyik merasakan sesuatu yang sama. 
maka penat itu akhirnya terlafaz juga melalui hati. 
tapi perasaan ini tidak setiap waktunya begini kan.
nanti ia tetap akan pergi.
maka ketika itu saya tidak akan berasa lemah seperti sekarang lagi.
Doa. dan mohonlah. 
itu sahaja caranya untuk mendapat kekuatan. =')
dan jangan lupa untuk senyum. 

lama

awak jangan biar saya rindu lama-lama. 
terlampau lama bimbang rindu itu semakin pergi. 
semakin hari ia hilang. 
biarkan rindu itu hanya sebentar. 
bukan sepatutnya saya untuk rindu berlebih-lebihan.
kerana bukan pada tempatnya. 
lebih baik rindu itu dihalakan kepada yang sepatutnya. 
.
.
.
action speaks better than words.


masih sama, tidak penatkah hati..

pandai

akhirnya hati, pandai juga menjaga diri. 
senyum itu satu sedekah. 
pandai awak buat saya tersenyumkan. 
tanpa perlu buat apa-apa. 
melihatkan awak saya juga boleh tersenyum. 
hebat betul? 

imbas semula matlamat hidup didunia ini. 
iaitu mencari redha Allah. 
Cinta bermaksud hendak bersama mereka-mereka diSyurga. =') 
silalah ikhlas dan kuat wahai hati.
hati ini memang suka bermonolog sendiri.
bersama penciptaNya.


seperti biasa, usaha itu tersangat perlu =')
hati. jangan biar rapuh. 
tangisan jangan biar ia jatuh. 
kenangan.usah diungkit lagi. 
hati tetap dengan sifatnya lagi. 
qalb'. yakni berbolak balik. 
hanya Allah yang memiliki hati-hati
hati-hati kami.
hati-hati yang rapuh.
pergantungan hanya pada Dia

Heart in the hand of another heart and in God's hand are all hearts..
An eye take care of another eye and from God's eye nothing hides.. =')
so heal..and you will be healed..=')