Páginas

final exam

oh.saya mahu menulis dari hati.='[
ok.sekarang paper tinggal lagi empat. baru lepas dua paper. selalu.bila mngadap buku dan asyik tido lewat aje.kepala mula la nak pening-pening. macam mana ni.esok saya punya 3rd paper. memang belum habis cover lagi. adeke patut tulis blog pulak. tapi kepala saya dah berat. macam mana ni. tidak.tidak. semangat kena kuat. ok, carry mark untuk subject ini taklah tinggi mana, tapi ok. jadi perlu juga usaha untuk final paper. kan.kan.  ^_^v baiklah. esok paper PSA420. public sector accounting. ouh. semangatku, jangan lari-lari ye. kalau kamu lari-lari habisla saya. penat mau kejar.
cepat2. study. =)



semoga Dia permudahkan segala urusan..
dan semoga esok lebih baik dari hari ini..=')

kenangan

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.
For the rest of my life
Through days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever  I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my  wife  and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along..

*kadang kala kenangan yang manis itu
sangat pahit untuk dikenang. =')
usia belum meningkat dewasa,
apalah sangat yang dharapkan ketika itu.. =')

mereka

ada sesuatu yang menarik tentang mereka-mereka.
mereka itu sangat menghiburkan. dan menggembirakan.
sering kali membuat orang-orang yang berada disekeliling mereka gembira.
dan tersenyum.
bagusnya punya teman-teman seperti mereka.
dan.
dia juga seperti mereka. 
menggembirakan dan kadang kala menghiburkan.
saya sangat merindui dia.
biarkan dia terus bahagia.
dan menggembirakan orang-orang yang lebih menyayangi dia.
rindu.
semakin hari semakin rindu.
semakin rindu semakin ia dibiarkan.biar hanyut dan hilang.
lebih baik.
berilah rindu itu pada yang sepatutnya.


saya..adakah layak untuk menjadi 
seorang sahabat yg menggembirakan?

memiliki vs merasai

merasai tak semestinya memiliki.
tak ada satu pun di dalam dunia ini adalah milik kita.
semuanya milik Dia.
diri kita juga adalah milik Dia. 
kita langsung tidak punya apa-apa.
jadi apakah layak kita mengatakan seseorang itu mengambil hak kita.
sedangkan kita tidak pernah punya hak keatas sesuatu yang diambil itu.
segalanya milik Allah.
kita hanya dapat merasai bukan memiliki.
bersyukurlah.
apa rationalnya bersedih terhadap sesuatu yang bukan milik kita?
saya sering kali terlupa tentang ini.
Lupa. kerana tidak layak untuk mengatakan itu hak saya. 
Lupa. kerana pernah terlalu leka dengan pinjaman yang Dia berikan hanya sebentar itu.
sukarnya. sedihnya. 
untuk mengakui walaupun ianya hakikat sebenar.
jadi.senyum dan bersyukur itu adalah jalan yang paling baik.
sukar.tapi tak mustahilkan?



air mata yg telah menitis itu.kadang2 benar2 melegakan..=)

gugur.tumbuh.hilang berganti.



Tanya pada rindu, rindu pasti berlalu.
Tanya pada sayang, sayang kadang hilang.
Manusia datang dan pergi dalam hidup ini,
Persoalannya ketika mereka di sisi, adakah kita menghargai?

malu

malu mempunyai pengertian yang besar.
sifat malu adalah sebahagian daripada iman. 
mereka yang telah hilang sifat malu adalah orang yang tipis imannya.
malu dan iman berjalan beriringan.
jadi,Jika salah satu ditinggalkan maka kedua-duanya akan hilang.
persoalannya.
bagaimana pula jika malu tapi mahu. 
sy memang akan rasa malu. 
tetapi jika perkara itu benar maka sy tidak akan malu. 
sy malu jika tidak menyatakan kebenaran.
lebih malu rasanya jika hidup dalam penipuan dan kepura-puraan.
jadi sy tidak malu untuk berterus terang. 
memang sudah buat salah.
tapi bukankah lebih malu jika tidak berterus terang?


*saya mintak maaf...

friends..

friend...
is a collection of hearts. ready to give. 
share and understand. 
it never fades and never ends. 
its only reminds us life is not perfect without a friend.


i love my friend =)

first final.for the first semester.for my degree


enam paper. dua calculation. empat theory.
semoga Dia mempermudahkan segala urusan.
buat hamba-hamba yang bergantung harap hanya padaNya. 
bukan pada siapa-siapa yang lain.
*sangat excited sebenarnya* =D
excited + berdebar2 + takut + happy = A+ 
wah. dah dapat A+. =p 

~i wanna call my mom*


pray hard, work smart. =)

jauh itu kadang kala lebih baik.mungkin.pasti.

jauh tak bererti jauh
dekat tak bermakna dekat
kadang-kadang jauh tapi dekat
kadang-kadang dekat tapi jauh 

bagaimana pula dengan yang dekat tiba-tiba terasa jauh?
sudah biasa dekat 
kemudian harus biasakan yang jauh

sukar.sangat sukar. 
lebih baik lah diisikan masa itu dengan sesuatu yg bermanfaat bukan.
cubalah. 

saya sangat rindu dia..

I love my bestfriend so much





awak pernah tahu tak kenapa saya sayang sangat dekat awak, memang kita dah kenal sejak dari darjah 3 lagi*sangat comel kan* =) tapi kita  taklah rapat sampai bertahun pun kan. tapi sejak form 5.

awak pernah tahu tak kenapa saya langsung tak berkira dengan awak tentang apa2 pun,walaupun kita bukan adik beradik pun.


awak pernah tahu tak kenapa saya selalu risaukan awak, walaupun awak dah besar, pandai jaga diri and ramai lagi orang2 sekeliling awak yang lebih concern pasal awak.


awak pernah tahu tak kenapa saya selalu nak mesej awak, walaupun saya selalu busy jugak.. ups. *mungkin tak sebusy awak.* =p

awak pernah tahu tak kenapa saya selalu nak sangat jumpa dengan awak,walaupun sekarang kita dah duduk jauh.

awak pernah tahu tak kenapa saya selalu suruh awak makan, walaupun awak boleh uruskan hidup awak sendiri.

awak pernah tahu tak kenapa saya selalu menangis pasal awak, walaupun perkara tu sangat2 simple je sebenarnya.

awak pernah tahu tak kenapa saya takut sangat kalau awak marah, walaupun kadang2 saya tak tahu pun yang saya dah buat salah.

awak pernah tahu tak semua tu?
awak tak tahu sebab saya tak pernah bagi tahu dan awak tak pernah pun tanya saya kan..

tapi semua tu sebab..
awak tahu tak awak la kawan saya yang pertama yang ajar saya utk jadi seorang kawan. seorang sahabat. selalu semangat. selalu buat saya ketawa and happy dengan cerita2 yang awak selalu cerita kat saya. saya suka sangat dengar. saya pulak, walaupun saya bukan pencerita yang baik atau menarik, tapi saya seronok sangat kalau dapat merepek dan cerita macam2 kat awak.walaupun respon yang awak bagi kadang2 ala kadar je tapi saya tetap sangat puas hati. saya selalu jeles sebab saya takut saya akan hilang awak. saya tak mau awak hilang.saya nak awak dekat dengan saya. saya sayang awak sangat.
saya sayang awak sampai bila2..







dan..saya mahu belajar untuk sentiasa bersyukur..
may Allah blessed..

Jauh...

Assalamualaikum..=)

menariknya tajuk post kali ni sy rasa.jauh..
tk sangka, mmpunyai cita2 yg tnngi itu sangat menarik.
cita2 yg ingin sangat dicapai yg sangat jauh.
menyebabkan sy eprlu pergi jauh.

teringin benar nak menyambung pngajian sy ke luar negara.
menarik bukan, bagi sy..=)
rupa2nya cita2 yg tnggi dan jauh mmbuatkan sy brsemangat lebih.
dan lupakan segala kesedihan atau segala kesulitan yg sedang terasa.

dan pasti. sy tidak keseorangan. Allah sentiasa bersama.
kalau sy tidak kuat, Allah pasti menguatkan.
kalau sy berasa sedih, allah pasti mnggembirakan.
kalau sy berasa gembira, Allah sentiasa ada utk dikongsi segala.

usahla berharap pada manusia semata.
risau nanti bila trjatuh, terasa malunya bangkit lalu mghadap Illahi.
padahal, kekuatan itu hanya dari Dia.
bukan pada siapa yg lain atau manusia yg lain.
perlunya sy utk kuat.
sgt sakit rasanya.

jadi, jauh itu adalah jalan trbaik.
jauh dari kelompok2 manusia ini dan dekat padaNya.

ada cita2 yg perlu dicapai kerana Dia.
usah risau dan brpaling. Dia sentiasa bersama.
jadi, sila brsemangat. dan selalu kuat.
dan jgn putus asa.

assalamualaikum wbt...


hubungan dgn Allah..

Jagalah Allah..Allah akan jaga kita..
Jagalah hubungan kita dgn Allah..
maka Allah akan jaga hubungan kita sesama manusia..

apa itu cinta..

Mereka yang tidak menyukainya menyebutnya satu bebanan,
Mereka yang tidak serius dengannya, menyebutnya satu permainan,
Mereka yang tidak memilikinya, menyebutnya satu impian,
Mereka yang mendambakannya, menyebutnya satu takdir.

Adakalanya, Allah sememangnya mengetahui yang terbaik tetapi diberinya kesusahan untuk menguji kita. Adakalanya sehingga melukai hati, supaya nikmat sesuatu cinta itu lebih dihargai.

Jika kita kehilangan cinta, ketahuilah.. pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kala sulit untuk diertikan, namun kita tetap harus percaya bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, Dia telahpun bersedia untuk memberikan yang lebih baik.

Kenapa harus sesuatu cinta itu mengambil masa?
Kerana walaupun kita ingin membuat satu keputusan, kita tidak ingin tergesa-gesa.
Kerana walaupun kita ingin tergesa-gesa, kita tidak ingin membabi buta.
Kerana walaupun kita ingin segera menemui cinta, kita tidak ingin sesat dan kehilangan arah dalam proses pencarian itu.

Jika ingin berlari, belajarlah berjalan dahulu,
Jika ingin berenang, belajarlah mengapung dahulu,
Jika ingin dicintai, belajarlah mencintai dahulu.

Apakah kita perlu tergesa-gesa mencari orang yang kita inginkan, lalu menimbang memilih apa yang ada.
Atau hanya menerima orang yang kita cintai, lalu memuaskan diri dengan apa yang ada.
Atau bersabar untuk mencari orang yang tepat, kerana sesungguhnya hidup ini terlalu singkat untuk disia-siakan hanya untuk bersama pilihan yang salah.

Perlu diketahui, tiada bunga yang boleh mekar semalaman dan tiada kota yang boleh terbina dalam sehari, Inikan pula kehidupan, yang perlu dikandung dahulu selama sembilan bulan,
Oleh itu, sesuatu cinta yang agung perlu disemai dan didewasakan bersama kehidupan.

Kebanyakkannya, sesuatu perkara yang indah dalam hidup ini tidak terjadi dalam sekelip mata. Adakalanya perlu mengambil masa yang lama, dan ketahuilah.. segala penantian itu tidakkan sia-sia.

Walaupun penantian itu memerlukan - keimanan, kesabaran, keberanian dan pengorbanan tetapi percayalah - penantian yang diberkatiNya menjanjikan satu cinta indah yang tidak terbayangkan.~

weloveIslam

Hati.. =)

assalamualaikum wbt.. :))


Hari ini hati saya seperti mau senyum dan senyum. kenapa? sebab Allah ada temankan hati saya hari ini. oh.hari ini? bukan hari ini je. tapi hari hari. hari hari Allah ada temankan saya. senangnya rasa hati. bukan tiap tiap hari je malah tiap tiap masa. tak pernah Allah tinggalkan saya walau sekelip mata pun kan. tak pernah Allah tinggalkan kita. Allah itu kan Maha Penyayang. Dia takkan tinggalkan saya walau sekelip mata pun kan. dan kalau sesaat pun Dia tinggalkan saya, habislah saya. yela. saya hidup lagi sampai sekarang kan sebab nikmatNya kat saya. Allah itu kan Maha Pemurah.
macam mana saya nak bernafas kalau Dia tak beri oksigen? macam mana saya nak melihat kalau Dia tak beri nikmat penglihatan.
saya tak tau. saya tak tau macam mana mereka mereka yang ditimpa kesusahan serta musibah segala itu dan terus menempuh hari hari mereka yang mendatang. ujian mereka sangat besar bukan. pasti mereka berasa susah. tapi, dalam alQuran sendiri Allah dah berfirman surah al-ankabut ayat 2,
"apakah mereka akan dibiar mengatakan 'kami sudah beriman' tetapi mereka tidak diuji?"
jadi. setiap orang pasti akan diuji dengan tahap keimanan masing masing kan. tapi jangan sedih sedih sebab Allah berfirman dalam al'Imran ayat 139,
"Janganla kamu bersikap lemah, dan janganla kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman"
indah.indah.
berbalik semula kepada soal hati. Kekasih Allah sendiri sudah pesan kat kita yang sesugguhnya didalam diri seseorang itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruhnya dan jika buruk daging itu maka buruklah seluruhnya. Ketahuilah daging itu hati.
H A T I <3
walau apa sekali pun yang kita buat didunia ini kalau bukan dengan niat yg baik, maknanya amalan atau perbuatan kita itu nanti pasti akan jadi sia sia. pesanan untuk diri saya jugak. emm2. ada satu hadis sahih pun menyebut yang sesungguhnya setiap amal kita itu bergantung kepada niat. jadi. macam mana kita nak adakan niat yang baik dari dalam diri kalau tidak dimulakan dari hati kan.kan. :)
kata imam al-Ghazali, carilah hatimu ketika membaca alQuran. Jika tidak ditemui, maka carila hatimu ketika sedang mengerjakan solat. Jika tidak ditemui lagi, carila hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. tapi jika masih tak ditemui, berdoalah pada Allah dan pohonla hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kamu sudah tidak mempunyai hati.
nak tau macam mana sama ada hati kita ni sihat atau tak? mudah.mudah. kata Syeikh Ibn Ata'illah, sebahagian daripada tanda matinya hati, bila kita tak rasa sedih pun kalau kita tertinggal sesuatu amalan kebaikan dan tak menyesal kalau kita terbuat atau membuat dosa. sedih kan? sedih kan kalau hati kita rasa macam itu. rugi sangat kan? Allah sentiasa sayang, ingat dan perhatikan kita. tapi kita selalu atau kadang kadang, buat2 tak tau je. tapi sampai sekarang kita masih merasa nikmat Allah lagi.nikmat kasih sayang. nikmat makan minum. kan.kan. hah? pelik? jangan la pelik pelik sebab Allah kan Maha Penyayang.Maha Pemurah :)
saya terbaca satu ayat dalam majalah solusi isu no.4, kalau kita nak Allah bercakap dgn kita dan menjawab segala resah di hati kita, bacalah alQuran (dan tafsiran sekali) sebab alQuran itu kan ayat2 cinta dari Allah untuk kita. ayat2 Allah la yang paling romantik dan memujuk hati.percayalah cakap saya. contohnya kan, bila hati saya terasa sedih, tak kuat dan sangat sangat perlukan kekuatan masa tu, saya akan buka tafsir dan baca. air mata menitis bukan kerana kesedihan. tapi sebab terharunya Allah menjawab pertanyaan hati saya waktu dan disaat itu jugak. manisnya ayat2 Allah pada yang benar benar mengharapkanNya. sekelip mata je. saya rasa terpujuk dan terus mau tersenyum. saya sayang Allah.sangat rindu. :)
dan jugak kalau kita nak bercakap atau berkomunikasi dengan Allah, maka dirikanla solat. dirikanla solat. dirikanla solat. betul.betul. saya sangat setuju. cakapla dengan Allah. mintakla segala apa yang kita mau atau inginkan pada Dia. Allah dengar segala permintaan kita. tak kisah la sama ada permintaan kita makbul atau tidak. yang pasti, apa yang Allah bagi kat kita semuanya ada hikmah. ini lagi satu perkara yang saya suka. segala apa yang terjadi kat kita mesti ada kebaikannya kan. hebatnya Allah.cantik susunanNya sebab semuanya ada hikmah. :)
kan Allah dah berfirman dalam alBaqarah ayat 216,
"boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" :)
tiba2 teringat seorang sahabat. em2. mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis kan? iye.iye. awak, marila kita sama2 bermujahadah mengejar cinta Allah dulu. cinta Allah sangat la manis dan menenangkan. Cinta Allah itu kan sampai bila2 dan memang tak sia-sia. buat la apa2 sekalipun dalam kehidupan seharian awak dan kalau ianya dibuat kerana Allah, bersama Allah dan mengharap redha Allah, mesti kita akan rasa tenang dan senang je nak buat segala urusan2 itu semua. saya sayang awak.. awak percayalah cakap saya. kita sama2 mencari cinta Allah ye. eh.eh. bukan mencari tapi mengejar cinta Allah. cinta Allah itu sentiasa ada. cuma kita ni je yang terlebih kabur dengan urusan2 dan nikmat dunia.
ini je yang mampu saya cakapkan. saya sayang awak kerana Allah.uhibbuki fillah.
jadi hari ini dan hari hari yang akan datang. hati saya seperti selalu mau tersenyum. moga2 tabah. :)
Hebatkan H A T I yang mengingati Allah? (^_~)
yang mengharap redhaNya...

"..Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, & boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui..."
[al Baqarah:216]



















.......
Wahai Tuhanku
aku cuba mencintaiMu
tapi tak terasa juga
aku cuba berkali-kali pun tidak terasa apa-apa
aku fikir-fikir segala nikmatMu
aku kenang-kenang rahmatMu
aku nampak kemurahanMu
atas nama Tuhan aku akur...

Namun aku belum jatuh hati juga padaMu
aku susah hati, aku selalu sedih
mengapa terjadi bergitu

mengapa cintaku padaMu belum berbunga lagi
sedang aku tahu
aku akui nikmatMu terlalu banyak padaku
jika hendak dihitung, tak mungkin terhitung

Aku iri hati selalu
cerita dan berita orang soleh zaman dahulu
hebatnya cinta mereka kepadaMu

hilang selera makan keranaMu
asyik memuja dan memujiMu
mensuci dan membesarkanMu
terutama di waktu malam yang sepi
di waktu orang mimpi
mereka merintih kepadaMu

mengharap kasih sayangMu
air mata mereka membasahi pipi
merasa Engkau adalah segala-galanya

Engkau adalah jantung hati mereka
tapi aku tidak begitu
aduh! kerasnya hatiku

hingga kini aku belum boleh mencintai kekasih agungku
baru aku sedar taufik, hidayah dan inayahMu

Bahagia dan bertuahlah mereka yang dikurniakan kecintaan kepadaMu
aku bila lagikah Tuhan?
dapat sedikit pun jadilah


Namun...
aku tidak akan putus asa
akan kucuba lagi selagi ada nyawa walau
di hujung nafas yang bakal tiba...

-Sajak 5-
...Bisikan Sirr...
"YaAllah, hanya padaMu tempatku mengadu"